Rambut Gugur? Kenali Punca, Tanda-tanda & Cara Atasinya

GBC Love Wellness: Rambut Gugur Bukan Masalah Biasa, Ia Tanda Rambut Stress

Setiap wanita pasti pernah mengalami rambut gugur, tetapi bila helaian rambut semakin banyak tertinggal di bantal, bilik mandi atau sikat, ia boleh jadi tanda sesuatu yang lebih serius. Masalah rambut ini bukan sahaja menjejaskan penampilan, malah mampu menurunkan keyakinan diri.

Dalam rutin harian yang padat, ramai wanita memberi tumpuan penuh pada penjagaan kulit wajah dan tubuh, tetapi lupa bahawa rambut juga memerlukan perhatian. Rambut gugur boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan yang betul.

Faktor luaran seperti pencemaran, sinaran matahari, penggunaan alat penggaya serta bahan kimia adalah antara punca utama. Namun, gaya hidup juga memberi kesan besar. Kurang tidur, tekanan kerja dan diet tidak seimbang boleh mempercepatkan masalah rambut gugur sehingga sukar dikawal.

Tanda-Tanda Rambut Gugur Disebabkan Stres

rambut gugur punca dari stres

Kredit foto: Getty Images

Antara tanda yang perlu diperhatikan sekiranya rambut anda sedang melalui fasa “stress” ialah:

  • Rambut semakin menipis dan mudah gugur: Helaian banyak tertinggal pada sikat, lantai atau bantal.

  • Hilangan kilauan semula jadi: Rambut menipis sering disertai helaian kusam dan tidak bermaya.

  • Kering dan susah diurus: Lebih mudah kusut serta kasar bila disentuh.

  • Hujung bercabang dan rapuh: Tanda rambut sudah kehilangan kekuatan dan nutrisi.

  • Dipengaruhi gaya hidup: Stres, pemakanan tidak seimbang dan kurang tidur mempercepatkan masalah rambut gugur.

See also
GBC Love Wellness: Aqua Fitness Workouts Bakar Kalori Cara Fun!

Cara Atasi & Kembalikan Keyakinan

rambut gugur berpunca dari stres tidak terkawal

Kredit foto: Getty Images

Masalah rambut gugur boleh dikurangkan dengan rutin yang konsisten: gunakan produk penjagaan rambut yang sesuai, pastikan pemakanan kaya nutrisi, kurangkan penggunaan haba dan beri masa untuk rehat yang cukup. Apa yang paling penting, kawal stres kerana tekanan emosi adalah antara punca utama rambut keguguran berpanjangan.

Untuk memberi kesedaran lebih mendalam, GBC Love Wellness X COCODRY tampil dengan acara eksklusif yang menekankan kepentingan penjagaan rambut dari aspek dalaman dan luaran. Acara ini memberi peluang untuk anda memahami punca masalah rambut, cara mengatasinya serta pengalaman relaksasi yang memberi inspirasi kepada kesejahteraan diri.

Rambut gugur bukan sekadar isu kosmetik. Ia mencerminkan keseimbangan tubuh, minda dan emosi. Melalui GBC Love Wellness, anda boleh belajar untuk meraikan diri sendiri sambil mengembalikan keyakinan dengan rambut yang sihat dan penuh tenaga.

Jom Sertai GBC Love Wellness!

Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!

Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: 10 Remedi Dari Dapur Rumah Untuk Rambut Sihat

See also
Rejim Penjagaan Rambut Scalp Clinix Cetus Kepuasan!

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.