4 Gaya Solekan Ayda Jebat Di The Hardest Singing Show
Ayda Jebat

4 Gaya Solekan Ayda Jebat Di The Hardest Singing Show

Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat mula menarik ramai pengikut kerana gaya solekannya di The Hardest Singing Show yang kreatif dan mengagumkan orang ramai di Malaysia. GLAM memilih 4 gaya fesyen solekan Ayda Jebat di The Hardest Singing Show.

Program baharu ‘The Hardest Singing Show’ di Astro merupakan program cabaran vokal dan kreativiti penyanyi hebat tempatan. Dengan berkonsepkan ‘Kreativiti Luar Limitasi’, program ini bertujuan untuk menguji kestabilan fizikal, mental, dan kreativiti peserta dalam persembahan. Apa yang lebih menarik, program ini mengetengahkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian, diikuti dengan vokal daripada barisan penyanyi hebat tempatan.

Antara barisan penyanyi individu dan berkumpulan, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana. Apa yang menarik perhatian kami, gaya solekan Ayda yang semestinya all out setiap minggu.

See also
Ayda Jebat Hamil Cahaya Mata Kedua

Berikut Adalah 4 Gaya Solekan Ayda Jebat Di The Hardest Singing Show

1. Persembahan Pengenalan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ayda Jebat tampil dengan penampilan elegan dan classy pada minggu tersebut. Untuk gaya solekan dan rambut pula, Ayda memilih untuk tampil dengan solekan mata yang mengenakan palet rona tanah dan gaya rambut spiky bun. Solekan hasil tangan Bosco dan gaya rambut oleh Juno Ko ini kelihatan berseri-seri dengan Ayda Jebat.

2. Minggu Pertama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Major love for this one! Ayda Jebat tampil berani dengan menggayakan solekan bold dan penuh eksperimen kala beraksi di atas pentas menghiburkan peminatnya. Bukan sahaja gaya solekan yang memukau, Ayda juga kelihatan berani dengan gaya fesyen dan dandanan rambut yang menakjubkan oleh hasil tangan Bosco dan Juno Ko.

3. Minggu Kedua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Jurusolek, Nadia Nordin, dengan magis tangannya dapat dilihat pada solekan Ayda Jebat pada malam itu. Lagu pilihannya yakni ‘The Fox’ pada minggu itu sama padan dengan penampilan keseluruhan Ayda, lebih lagi pilihan solekan dan gaya  rambut yang mengikut tema ‘Mad Max‘.

See also
Merawat Kesan Penuaan Dengan Manfaat Ginseng

4. Minggu Ketiga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Stunning! Solekan oleh Bosco ini menarik perhatian kami. Memilih melayang rona pembayang mata turquoise dengan gaun emas yang disarung Ayda, Bosco turut menambah batu diamond sebagai aksesori tambahan solekan. Dia menampal kemas batu-batu tersebut pada bahagian tulang pipi serta bahagian sisi dalam mata Ayda.