Gaya Rambut Tidak Konvensional Meghan Markle Menarik Perhatian Umum
Sejak pertunangan Meghan Markle bersama Putera Harry menjadi umum pada November tahun lalu, setiap gerak-geri Meghan mula diberi lebih perhatian. Pakaian yang dikenakannya (sama seperti Kate Effect), solekannya, dan baru-baru ini gaya rambutnya.

Lazim kita lihat tatkala Duchess of Cambridge Kate Middleton menghadiri apa sahaja acara mahupun majlis, rambutnya pasti kelihatan rapi dan sempurna dengan ikal mayang dan berombak.
Namun baru-baru ini Meghan Markle telah menggayakan rambutnya dengan gaya rambut yang kelihatan biasa bagi kita yang marhaen tetapi asing buat golongan kerabat sewaktu yakni messy bun yang membuatkan dia nampak sangat bersahaja.

Sejurus selepas foto menampilkan Meghan dan Putera Harry membuat lawatan rasmi di Brixton tersebar, netizen tidak melepaskan peluang untuk memuji tindakan Meghan dengan gaya rambutnya disebalik kritikan yang dilemparkan oleh beberapa sahaja netizen yang tidak ada kerja lain.
Meghan Markle had a messy bun at her second official royal visit and I love her for it.
— Katie Armour Taylor (@katiearmour) 2018년 1월 9일
If Meghan Markle defaulted to a messy bun today, SO CAN I https://t.co/QSgWCIpVL5
— Kate Halliwell (@Kate__Halliwell) 2018년 1월 9일
Meghan Markle with a bun: ??????
Me with a bun: ?????????????♀️— mälle (@jeffestyles) 2018년 1월 10일
I wish my messy bun would look like Meghan Markle’s
— Ally Branham (@Allybranham) 2018년 1월 10일
Love that Meghan Markle looks like she just chucked her hair up in a bun 2 minutes before she had to leave the palace. Relatable princess. I like it.
— Hannah (@HannahHanzie) 2018년 1월 9일
Mengikut protokol kerabat diraja England perihal rambut golongan wanita kerabat adalah ia hanya perlu ditutup dengan topi sewaktu majlis formal sahaja.
We’re in love dengan gaya effortless Meghan sewaktu lawatan tersebut yang memberikan sesuatu yang baru dan berbeza dalam gaya kerabat diraja England.

