Gaya Rambut Ikonik Setiap Era

Gaya Rambut Ikonik Setiap Era

Bila bicara soal rambut, kaum lelaki juga memandang penting penjagaan rambut yang adakalanya mengalahkan orang perempuan. Namun, rambut sebenarnya begitu sinonim dengan wanita sehingga digelar mahkota kaum hawa. Rosak rambut, rosaklah penampilan anda, malah rosak juga mood anda sepanjang hari itu. Tampil kelainan dengan tatarias rambut ikonik yang pernah popular satu masa dahulu di tahun 60-an sehingga kini.
 

The-Great-GatsbyCarey Mulligan dalam filem The Great Gatsby.

 
Trend 20-an
Pernah bermimpi untuk punya gaya rambut ala flapper girl di era 20-an yang cukup glamor seperti di dalam filem The Great Gatsby? Rambut gaya faux bob juga finger waves paras dagu dan kemudian dipadan aksesori vintaj sebagai pelengkap gaya retro. Gaya rambut ini begitu popular digayakan dahulu oleh Zelda Fitzgerald.
 

AudreyAudrey Hepburn. Gambar: TPGVIP

 
Trend 50-an
Pelakon ikonik Audrey Hepburn dengan gaya rambut pixie suatu ketika dahulu masih melekat di memori hingga kini. Potongan rambut yang begitu pendek kemudian di bahagian fringe depan juga dipotong pendek.
 

See also
Dekati Gimnas Negara, Farah Ann Abdul Hadi

Farrah FawcettFarah Fawcett. Gambar: Huffington

 
Trend 70-an
Sudah pasti wanita era ini cukup mengenali aktres Charlie Angels, Farrah Fawcett. Alunan rambutnya menjadi ikutan ramai. Rambut gaya feathered flip yang di belah tengah kemudian beralun sisir ke belakang, sesuai pada era itu apabila bergaya ke disko dan menyarung celana berkaki lebar.
 

Rachel haircutThe Rachel haircut. Gaya rambut Jennifer Aniston dalam siri televisyen Friends.

 
Trend 90-an
Gaya Rachel daripada siri sitkom komedi Friends oleh Jennifer Aniston sehingga kini masih menjadi stail ikutan ramai. Potongan yang dipanggil The Rachel menampilkan gaya rambut potongan berlapis dan beralun bersama rambut yang di warnakan highlights dan lowlights.
 
 
Rambut sihat lagi bermaya
Rambut menawan persis aktres antarabangsa sering sahaja tampak sihat dan cantik bukan sahaja di hamparan karpet merah malah juga setiap kali muncul di kaca tv mahupun dilaman sosial mereka. Bermula dari akar rambut sehingga ke hujungnya, gunakan syampu dan perapi yang sesuai mengikut jenis rambut. Jika punyai rambut berwarna, seeloknya padankan dengan penggunaan produk penjagaan rambut yang bersesuaian disamping mengekalkan kesihatan rambut juga membolehkan warna kekal lebih lama.
 
Bagi mendapatkan rambut bermaya dan sentiasa bersinar, lakukan pula pupur tiga kali seminggu di sebelah malam selesai mandi. Untuk hasil yang lebih menakjubkan, dapatkan rawatan terbaik daripada salun sebaik-baiknya dua minggu sekali. Lawati salun sebulan sekali juga untuk memeriksa kondisi rambut anda. Dan jangan lupa, setiap kali anda ke majlis, tampil elegan dengan mendandan rambut ikonik bak aktres lagenda ini, barulah menarik perhatian mata-mata yang memandang!
 
 

See also
Brown Lip Gloss Menjadi Trend Terkini di TikTok!