Gadis Ini Melawan Penyakit Kanser Melalui Solekan - Glam Malaysia

Gadis Ini Melawan Penyakit Kanser Melalui Solekan

Kadang-kadang kalau kita nampak cantik, kita akan rasa bagus tentang diri kita betul? Frasa ini dijadikan moto hidup oleh seorang gadis dari California Amanda Ramirez (@comptonsveryown_) yang menggunakan solekan untuk membantu melawan penyakit kansernya.

 
https://www.instagram.com/p/BOfotypAmgO/
 

Amanda  semasa ditemu bual oleh Yahoo! Beauty menerangkan minatnya dengan alat solekan yang bermula semasa beliau berumur 19 tahun. Dia juga menyatakan bahawa minatnya dengan dunia kecantikan bermula sebelum dia didiagnosis dengan penyakitnya ini.

 
https://www.instagram.com/p/BNapRyTAZV8/
 

“Ianya telah banyak membantu saya dalam mendapatkan rawatan. Apabila anda nampak cantik, anda akan rasa cantik.”

 

Sejak Amanda memulakan rawatan kemoterapi dan terpaksa tinggal di hospital untuk tempoh waktu yang lama, dia mula memakai alat solek hampir setiap hari kerana ianya seperti motivasi untuk bertahan dan meneruskan rawatannya.

 
https://www.instagram.com/p/BL9mBECgbKR/
 

Amanda didiagnosis dengan Hodgkin’s lymphoma tahap ke-3 satu penyakit kanser yang menyerang sistem imunisasi badannya.

 
https://www.instagram.com/p/BObEMu0AOyy/
 

See also
Marc Jacobs Mahukan Anda Dalam Kempen Terbarunya!

Mungkin ada yang akan berfikir betapa anehnya menggunakan alat solek untuk melawan kanser tetapi Amanda membuktikan bahawa dengan mempunyai atitud dan fikiran yang positif, penyakit seperti kanser boleh dilawan.

 
https://www.instagram.com/p/BOTTRf4gv4E/
 
https://www.instagram.com/p/BOSkU2NAKpy/
 

Believe in yourself, people!

 

Sumber: Jelita