Foto Belakang Tabir Filem Armani Beauty Bersama Cate Blanchett
November is here, tandanya kemeriahan persiapan menyambut Hari Natal sudah bermula. Walaupun mungkin tidak serancak seperti tahun-tahun sebelum ini, Armani Beauty mahu terus memberikan nyawa kepada sambutan hujung tahun ini.
Sempena ketibaan sambuatn Krismas, Armani Beauty melancarkan kempen keraian hujung tahun bersama wajah eksklusifnya, Cate Blanchett. Aktres kelahiran Australia itu muncul dalam kempen istimewa dibawah Arahan pengarah terkenal kelahiran Perancis, Fleur Fortuna. Dan untuk kempen cetak pula, wajah pemenang Oscar ini pula diabadikan oleh jurufoto tersohor Tom Munro. Di dalam video ini Cate beraksi seronok, adakalanya dia berbaring, mengembang-ngembangkan gaun tutunya, dan ada masaya dia beraksi bagaikan fairygodmother.
Filem ini disimbahi warna merah yang mana ia juga merupakan warna identiti kepada Armani Beauty Sendiri. Filem yang dilatari muzik nyanyian Penyanyi pop Amerika era 1960-an Lesley Gore. Filem ini juga menyaksikan Cate Blanchett menggayakan gaun-gaun couture Armani Prive. GLAM kongsikan beberapa keping gambar belakang tabir pembikinan filem eksklusif Armani ini.