Facials On-The-Go Dengan Foreo UFO 2 - Glam Malaysia

Facials On-The-Go Dengan Foreo UFO 2

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Beauty splurge! Kini alat rawatan buat kulit wajah Foreo UFO 2 diperbaharui untuk membawa pengalaman spa di rumah atau di mana-mana sahaja. Sudah tiba masanya untuk memberi penghargaan kepada diri sendiri!

Setelah memperluaskan lagi rangkaian alat penjagaan kulit Luna dan melancarkan versi pertama peranti topeng UFOnya, jenama Foreo daripada Sweden kini telah meningkatkan sistem penjagaan muka di rumah yang disesuaikan dengan alat Foreo UFO 2 baharu. Rawatan segera buat kulit wajah ini hanya mengambil masa dalam kurang dari dua minit. Peranti berteknologi tinggi baru ini sebagai topeng wajah moden yang perlu dimiliki!

Walaupun di ketika ini banyak pembukaan semula salon kecantikan kegemaran wanita, tetapi tiada yang sepintas alat UFO 2 ini untuk memastikan kulit wajah menikmati pelbagai faedah dalam merawat dan mengekalkan kesejahteraan kulit wajah. Dengan kewujudan alat UFO 2 ini, ternyata ia sebagai penyelesaian baru yang menawarkan akses ke perawatan kulit yang inovatif dan diperibadikan di rumah. Pakar teknologi kecantikan Foreo memanfaatkan minat yang semakin meningkat terhadap kecantikan secara pintar ini dengan pelbagai produk yang direka untuk membuat rawatan muka di rumah yang berkesan untuk semua jenis kulit dan dapat diakses oleh semua orang.

See also
BOSS Bottled Parfum Untuk Personaliti Berani