Effortless Beauty Di Cannes 2023 - Glam Malaysia

Effortless Beauty Di Cannes 2023

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Acara paling berprestij Festival Filem Cannes 2023 kembali dengan barisan selebriti terkemuka dunia. GLAM bariskan effortless beauty terbaik tahun ini.

Tahun ini kembali semula acara berprestij Cannes 2023 bersama barisan selebriti terkemuka dunia! Disebalik busana mewah dan barangan kemas eksklusif yang digayakan. GLAM fokus kepada ilham cantik yang boleh dijadikan ikutan! Rata-rata yang hadir mereka selesa dengan gaya solekan dan dandanan effortless dan natural.

Seperti kebiasaan, ini pilihan GLAM untuk ilham cantik effortless beauty di karpet merah Cannes 2023. 

NATALIE PORTMAN

Natalie Portman

Kelihatan anggun dalam busana labuci biru pucat. Natalie memilih ilham cantik bersahaja dengan dandanan rambut bersinar. Rambutnya mendapat sentuhan oleh Mara Roszak yang menggunakan produk RŌZ. Jurusolek terkenal Miwoo Kim memilih pembayang mata Dior berwarna perak berkilau.