Drunk Elephant Lancar Ceramighty AF Eye Balm Oktober Ini! - Glam Malaysia
Drunk Elephant Lancar Ceramighty AF Eye Balm Oktober Ini!

Drunk Elephant Lancar Ceramighty AF Eye Balm Oktober Ini!

Penjagaan mata amat penting dan paling dipandang remeh. Namun, Drunk Elephant membuatkan rutin penjagaan mata seronok dengan rangkaian produknya yang pelbagai. Kali ini, mereka lancar Ceramighty AF Eye Balm.

Produk terbaru Drunk Elephant, Ceramighty AF Eye Balm, ini hadir dalam formula hebat dengan intipati seperti ceramide, Vitamin F, mentega serta minyak tumbuhan omega. Ia serta merta memberikan kelembapan yang berpanjangan, mengembalikan keanjalan serta memperkuatkan lagi dinding kulit. Di dalamnya juga mengandungi ekstrak Avena Sativa (oat) yang mampu beri ketenangan pada kulit dan meredakan penampilan mata penat. Bebas daripada silikon, minyak pati dan haruman, inilah produk mata yang anda cari.

Sembang Cantik Bersama Tiffany Masterson, Ketua Pegawai Kreatif Drunk Elephant

Mengapa penting untuk menggunakan salap mata?

Ia sebenarnya bergantung kepada apa yang kulit mata anda mahukan. Jika anda rasa kulit mata anda sedang mengalami kekeringan kronik berterusan, jadi produk mata yang anda sedang gunakan tidak cukup efektif. Produk yang lebih kaya dan intensif formulanya adalah apa yang anda perlukan. 

See also
Solekan Ketika Bersukan

Ceramighty sememangnya lebih kaya daripada rata-rata krim mata yang anda jumpa. Ia memberi hasil lembapan berpanjangan yang anda cari selama ini dan mahukan dalam sesebuah produk penjagaan mata. Dan dengan itu, kami rasakan terma ‘krim’ bukanlah yang paling sesuai untuk menggambarkan formula yang kami hasilkan buat Ceramighty. Jadi kami pilih untuk menggunakan terma ‘salap mata’ (‘eye balm’). Ini kerana formula salap kami ini lebih lembut, empuk, selesa serta lebih membantu merawat berbanding krim biasa. 

Mengapa pentingnya sesuatu formula itu hanya dicipta khas untuk formula merawat bahagian mata sahaja?

Secara teknikalnya, anda boleh menggunakan produk pelembap wajah di bahagian mata anda. Akan tetapi memiliki formula untuk penjagan bahagian mata secara berasingan adalah sama pentingnya kerana setiap bahagian kulit di wajah adalah berbeza-beza keperluannya. Jika Bahagian mata anda perlukan lebih lembapan, maka ia perlu formula yang lebih kaya berbanding produk pelembap wajah anda. Ceramighty kami lebih kaya formulanya berbanding produk Lala dan Protini Cream kami.

See also
10 Tip Penjagaan Rambut Keriting

Apakah perbezaan di antara krim mata dan salap mata?

Mengikut perspektif kami, segala perbezaan adalah bergantung kepada kadar keamatan sesuatu lembapan, tekstur serta manfaat pemulihannya. Untuk salap mata, ia perlu memiliki formula dan tekstur yang lebih kaya dan pekat berbanding krim mata biasa. Malah perlu menyediakan manfaat yang lebih daripada biasa. Manakala, krim mata pula terlalu awam termanya. Ada pelbagai tekstur juga manfaat formulanya. Setengah krim mata bertekstur seperti losen, jadi kadang-kala susah untuk mencari yang mana paling berkesan mengikut keperluan kulit bahagian mata anda.

Bagaimanakah caranya menggunakan Ceramighty AF Eye Balm untuk mendapatkan hasil yang paling optima?

Anda boleh layangkan Ceramighty ini pada seluruh bahagian kulit mata, baik di kelopak, bawah atau sekeliling, carilah frekuensi yang berkesan untuk kulit mata anda. Anda boleh guna Ceramighty pada sebelah malam (mengikut keselesaan anda) jika mahukan sesuatu formula yang lebih ringan untuk dipakai sebelah pagi (boleh cuba produk mata kami yang lain seperti Shaba atau C-Tango).

See also
Hyaluronic Acid Wajib Dalam Rutin Penjagaan Kulit

Dapatkan Drunk Elephant Ceramighty AF Eye Balm pada harga RM265, bermula Oktober 2022 ini di seluruh Sephora Malaysia. 

Pautan Berkaitan: Kulit Wajah Kering, Ini Puncanya!