Kami Cuba Gincu Dior Rouge Forever Transfer-Proof Untuk Solekan Raya! - Glam Malaysia
Dior Rouge Forever Transfer-Proof

Kami Cuba Gincu Dior Rouge Forever Transfer-Proof Untuk Solekan Raya!

Masih muncul di halaman ‘fyp’ TikTok walaupun sudah hampir setahun lebih viral, Pengurus Kandungan Digial GLAM, kongsi pengalaman mencuba gincu bibir Dior Rouge Forever Transfer-Proof ini!

Sukar untuk saya mencari gincu bibir yang kena dengan saya, mungkin kadang-kala formulasinya yang tidak sesuai atau ronanya yang tidak membuatkan wajah saya tampil naik seri. Ada satu ketika dahulu, saya memang gilakan gincu bibir berkemasan glos, kini saya hanya inginkan sesuatu yang lebih matte, tahan lama dan yang paling penting tidak mudah tanggal daripada bibir. Terus saya membelek TikTok untuk mencari tahu gincu bibir paling trending dan terkini.

Mata terus tertarik dengan video perkongsian tentang gincu bibir ikonik Dior Rouge Forever Transfer-Proof. Kebolehan gincu ini (manfaat tahan lama dan tidak mudah tertanggal daripada bibir) membuatkan saya terus ingin mendapatkannya dengan segera. Apa lagi, keesokan harinya terus saya menjengah kaunter Dior untuk membeli. Saat sedang membelek rona pilihan, mata tertarik dengan rona Dior Rouge Forever 416 (Forever Wild). Warnanya yang coklat keperangan terang dengan sedikit selingan rona coral kena dengan kulit wajah saya yang sawo matang. Malah, ia adalah warna yang sangat versatil dan kena dengan semua jenis kulit.

@michellearevaloe

@dior Dior rouge forever transfer – proof lipstick✨❤️ #diorlipstick #rougediorforevertransferprooflipstick

♬ Calm Down – Rema & Selena Gomez

Olesannya yang kemas serta cukup pigmented menambahkan lagi keyakinan saya untuk mendapatkan gincu bibir ini. Tahukah anda, walaupun ia berkemasan matte, namun ia masih ada manfaat pelembap yang membuatkan bibir tidak terlalu kering. Kata Ginger King, pakar kimia kosmetik yang pernah ditemu bual oleh Allure, di dalam produk gincu bibir milik Dior ini mengandungi intipati silica juga silicone resin yang membantu memberikan kemasan formula matte, manakala kacang manis almond dan juga minyak jojoba yang membantu memberikan lembapan optima pada bibir menerusi gincu ini. Dan bagaimana ia boleh membuatkan gincu bibir ini tampil transfer-proof? Ini kerana, gincu ini mengandungi bahan pelarut dan copolymer seperti isododecane di mana ia membantu membuatkan formula bertahan lama pada bibir.

“Memandangkan gincu Dior Rouge Forever Transfer-Proof ini jenis tahan lasak di bibir, adakah ia susah untuk ditanggalkan kala dicuci?”

Jawapan saya, tidak sama sekali. Ianya mudah untuk dicuci dengan sekadar menggunakan pemadam solekan jenis minyak. Tidak perlu gosok secara kasar tatkala mencuci, hanya sekadar olesan lembut sudah memadai.

Saya sudah cuba, anda bila lagi? Saranan saya, dapatkan gincu Dior Rouge Forever Transfer-Proof ini untuk melengkapkan lagi solekan Hari Raya Aidiladha anda!

Pautan Berkaitan: Pilihan Jisoo Gincu Ikonik Dior Addict