Use your ← → (arrow) keys to browse
Personaliti eksentrik dan chic Mitzah Bricard melabelkan dia sebagai muse paling ikonik di rumah Dior. Keberanian dia dalam menggayakan persalinan leopard print diabadikan dalam koleksi solekan istimewa 2023.
Gambar oleh Dior Beauty
Mitzah Bricard, namanya masih bergema di rumah atelier Dior. Dia juga merupakan muse kegemaran Christian Dior kerana keberaniannya memakai persalinan cetakan harimau sebelum ia menjadi ikonik. Menurut Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Direktor Imej Dior Makeup, “ Sejak di awal kemunculan, cetakan haiwan ini sudahpun menghiasi pentas peragaan Dior. Dan untuk koleksi solekan terkini, saya mengambil inspirasi cetakan ikonik untuk setiap barangan tanda menyemai semangat avant-garde dan keberanian.”
Gambar oleh Dior Beauty. Solekan mata menggunakan Diorshow 10 Couleurs 001 Mitzah Edition. Kod warna kuku, Dior Vernis 970 Nuit 1947
Koleksi Dior Mitzah ini menghiasi barisan solekan dan juga wangian daripada La Collection Privée dengan keanggunannnya yang subversif serta kontemporari. Seperti yang dilihat pada set pembayang mata, gincu, bedak kusyen kompak dan juga botol wangian.