Diari Cantik Bersama Dr. Diyana Shah

Diari Cantik Bersama Dr. Diyana Shah

Untuk bulan ini GLAM menampilkan Dr. Diyana Shah, doktor kecantikan yang menjadi sumber inspirasi untuk orang ramai. GLAM mendekati wanita beauty with brain ini serta menyelami rutin kecantikannya. Mari mengenali personaliti ini dengan lebih dekat lagi. 

Dr. Diyana Shah

1. Produk kecantikan wajib ada?

Sebagai seorang doktor dalam bidang estatik dan pengasas bersama The Luxe Clinic, saya sangat memetingkan penampilan diri. Saya suka produk bibir seperti pelembap, minyak dan pelembap bibir. Dan, saya sangat percaya dengan retinol. Retinol sangat bagus untuk anti penuaan agar kekal cantik dan muda.

2. Rutin tahun baru?

Sejak usia menganjak tiga puluhan ke empat puluhan, kesihatan adalah keutamaan saya. Bagi saya, kecantikan datang dari dalam.
Kemudian barulah diambil makanan tambahan dalam rutin harian. Selain magnesium dan vitamin D, salah satu makanan tambahan kecantikan saya amalkan adalah produk saya sendiri.

3. Ilmu bersolek dan merawat wajah?
Saya banyak belajar dari Tiktok! Saya suka lihat panduan solekan di sutu kerana lebih cepat dan mudah diikuti.
Juga banyak idea yang menarik.

See also
Wangian Musim Percutian 2024 CHANEL

4. Ikon kecantikan anda?

Semestinya Audrey Hepburn. Dia mempunyai aura yang sangat elegan, tidak lapuk dek zaman orangnya dan bersahaja.

5. Trend solekan diikuti?

Skinimalism. Konsep yang mengutamakan kesihatan kulit tanpa menggunakan terlalu banyak produk. Saya tidak pernah mengikuti trend Korean 10 langkah penjagaan kulit kerana saya ia tidak bertahan lama. Zaman sekarang wanita-wanita di luar sana terlalu sibuk, jadi rutin penjagaan kulit yang lebih ringkas tetapi tetap berkesan.

6. Tip daripada seorang doktor kecantikan?

Less is more!’ Perkataan itu termasuk dari semua segi, solekan, rawatan muda dan badan yang dibuat. Andai berlebihan, tidak ada bagusnya juga. Jangan terlalu mengikut trend. Bagi saya, apa yang penting adalah keyakinan diri.

 

Artikel berkaitan: Diari Cantik Bersama Parisa Ardina Dadashpour

Kredit teks: Marini Mat Zain