Di Sebalik Makna ‘Resilient’ Sublimic Fuente Forte - Glam Malaysia
Di Sebalik Makna ‘Resilient’ Fuente Forte

Di Sebalik Makna ‘Resilient’ Sublimic Fuente Forte

Kisah dan makna Resilient tiga personaliti ini menyamai koleksi Sublimic Fuente Forte baharu iaitu koleksi penjagaan rambut bersifat holistik yang berdaya tahan melawan masalah kulit kepala.

Barisan Sublimic Fuente Forte bukanlah asing dalam ritual penjagaan rambut. Kini, koleksi ini bertambah edisi yang lebih peka dalam menyelesaikan masalah kulit kepala bermasalah. Kulit kepala adalah bahagian sensitif terutama apabila ia terdedah dengan tekanan luar yang mengakibatkan kulit kepala semakin terlihat jelas.

fuente forte

 

Oleh itu, Fuente Forte memperkenalkan Scalp Double- Enhancing System yang menyediakan penjagaan rapi dalam melembapkan kulit kepala mengikuti sasaran setiap individu. Rutin ini juga menyokong kulit kepala yang sihat, berdaya tahan dan kekal cantik sehingga terasa ringan dan selesa.

Bercerita tentang berdaya tahan, GLAM menjemput 3 personaliti yang berbeza latar-belakang untuk berkongsi cerita mengenai kisah disebalik kepayahan mereka dalam mendaki nama di persada masing-masing.

Aktres cantik yang juga hos TV, Bella Dally bukanlah nama asing dalam persada dunia hiburan. Kehadiran dia sering menjadi bualan ramai. Bagi dia, ‘Resilient’ ini segalanya bermula dengan berada dalam situasi sukar yang mengajar kita erti kehidupan lebih bijak, lebih kuat dan lebih positif. Kisahnya bermula apabila dia bukanlah dari Semenanjung Malaysia kerana asalnya dari Sabah. Dia beranggapan sebagai wanita Sabah sering menghadapi masalah perbezaan budaya terutama percakapan dialek.

Bella dally

Namun, ia bukanlah penghalang untuk dirinya sukses dalam bidang yang diceburinya. Kesanggupan mencari pelbagai usaha untuk keluar daripada zon selesa membuktikan dia berjaya hingga ke hari ini.

Buat Pengarah Urusan dan Pengasas COCODry, Kim May Chee atau senang digelar Kim memulakan perniagaan yang baru dalam pasaran terutama salon rambut yang berdasarkan konsep COCODry bukanlah mudah seperti yang disangka-sangka! Untuk berjaya, kita perlulah bersikap berdaya tahan dan teruskan perjuangaan sehingga membuahkan hasil. Tiada individu yang berjaya tanpa diuji dengan kesusahan. Oleh itu, Resilient buat dirinya adalah lambang kepada semangat tidak berputus-asa dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran.

Kim may Chee

Peragawati fesyen terkenal, Tuti Noor turut berkongsi ceritanya bagaimana dia mengukuhkan nama untuk kekal releven dalam persada fesyen. Jelasnya, perjalanan tidak seindah seperti yang dia sangkakan! Bukan mudah untuk menempah nama di persada antarabangsa, banyak pengorbanan harus dia lakukan untuk meletakkan namanya sebaris peragawati terkenal.

tuti noor

Bagi dirinya, ‘Resilient’ itu apabila anda merasai cabaran dan mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dan belajar daripada kesilapan agar diri sentiasa menjadi kuat. Industri fesyen terutama peragawati ini sangat kompetitif, penolakan atau dibuang itu perkara biasa dalam dunia kami. Tidak semua peluang membawa kepada kejayaan. “Saya sentiasa menerapkan pemikiran positif dan tidak mengaku kalah, terus berjuang untuk menaikkan nama di persada tempatan dan antarabangsa.”

Kisah mereka ini menyamai inspirasi koleksi terkini Sublimic Fuente Forte yang menerapkan proses menyelesaikan masalah kulit kepala secara berdaya tahan sehingga rambut kembali segar, sihat dan kuat. Antara barisan yang bakal menyelamatkan masalah kulit kepala anda adalah seperti Refresh Ritual untuk Scrub Cleanser, Clear Shower dan Aroma Spa Drop Refresh manakala Relax Ritual untuk Total Refining Cream, Moist Shower dan Aroma Spa Drop Relax. Setiap koleksi ini bergantung kepada jenis masalah kulit kepala anda. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai koleksi ini, layari Shiseido Professional

Artikel berkaitan Multi-Sensory Journey SUBLIMIC