Detoks Secara Semula Jadi, Ini 8 Caranya
Tubuh perlukan detoks untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Ada yang menyarankan pengambilan makanan tambahan (supplement) untuk sesi detoks tapi sebenarnya ada banyak cara yang boleh membantu kita detoks secara semula jadi. GLAM kongsikan 7 cara.
Makan Sajian yang Betul
Beberapa kajian menunjukkan pengambilan makanan yang sihat dan tepat adalah cara yang paling mudah untuk detoks tubuh kita. Pengambilan seperti beri, bawang putih, beberapa jenis sayur-sayuran boleh membantu. Boleh pertimbangkan extra virgin oil atau minyak kelapa organik sebagai minyak utama dalam anda menyediakan makanan. Ia antara kunci detoks.
Minum Banyak Air
Minum air kosong dengan banyak. Minum secukupnya dalam sehari untuk memastikan tubuh kekal hidrat. Ada yang mencadangkan lapan gelas sehari tapi itu semua bergantung kepada tubuh seseorang. Ramai yang mengamalkan minum air kosong sebaik sahaja bangun tidur.
Bersenam
Ini antara yang cara mudah tapi masih ramai yang gagal melakukannya. Keluarkan peluh anda dengan cara ini anda membantu tubuh untuk membakar lemak dan menyingkirkan toksin dalam badan dengan lebih berkesan. Fikirkan pelan kecergasan anda yang sesuai dengan keadaan tubuh juga masa. Ada pelbagai bentuk aktiviti kecergasan hari ini, indoor atau pun outdoor. Yoga, berbasikal, fly cycle atau sekadar berjoging di taman, pilih sahaja asalkan anda berpeluh.
Tidur Yang Cukup
Beberapa tahun dahulu ada beberapa kajian menunjukkan bahawa otak boleh melangsungkan aktiviti detoks sewaktu kita tidur, dan itu Hanya berlaku apabila kita tidur dengan cukup dan berkualiti. Tidur yang terganggu akan melemahkan sistem glymphatic yang banyak bersangkut-paut dengan tidur.
Ketahui Tiga Diet Yang Mungkin Gagalkan Anda Menurunkan Berat Badan
Kurangkan Gula
Jika anda mengidam mahukan makanan yang manis-manis seeloknya lupakan kek, biskut ataupun aiskrim. Boleh gantikan dengan pilihan yang lebih semula jadi seperti buah-buahan atau paling mudah, pakar pemakanan mencadangkan coklat kerana coklat mampu memenuhi kehdank selera kita yakni keinginan mahu makanan yang manis juga bergaram. Ketepikan pengambilan gula lebih-lebih lagi yang tidak asli.
Minum Teh
Teh mempunyai bahan antioksidan yang bagus untuk tubuh. Bukan itu sahaja, teh herba terutamanya Bagus untuk menghidratkan badan. Menurut kajian Teh akan membantu kita untuk mengawal selera makan. Teh mengandungi kafein, tapi harus diingat kandungan kafein di dalam teh lebih lembut untuk tubuh berbanding kopi.
Sauna
Meluangkan masa duduk did alam sauna membantu kita untuk detoks menerusi pengeluaran peluh. Ada sesetengah sauna yang mempunyai infra red dan ia banyak membantu atlet dalam merawat kesakitan dalaman mereka. Berpeluh di dalam sauna juga bagus untuk kulit.
Jangan Skip Makan
Ramai yang tidak tahu, Jika anda skip waktu makan sebenarnya boleh menurunkan metabolism. Apabila kita skip makanan ia membuatkan kita akan mengambil sajian berkalori dengan lebih. Pastikan peti sejuk anda mempunyai makanan yang sihat seperti buah-buahan, ataupun roti yang boleh anda makan seandainya lapar lebih-lebih lagi waktu PKP ini.