Datin Elvina Di Dior Spa Bersama Eastern Oriental Express
Dior Spa bekerjasama dengan Eastern & Oriental Express menerusi keretapi Belmond menjelajahi serata Asia Tenggara, antara Singapura dan Malaysia sambil menerima rawatan spa terbaik.
Megah mengunjungi ke Asia Tenggara pada 22 Jun 2024, Dior Spa bersama Eastern & Oriental Express memberi pengalaman yang unik dengan pemandangan yang indah. Keretapi ini akan melintasi keajaiban Asia Tenggara, di antara Singapura dan Malaysia. Pemandangan panorama yang luar biasa seperti hutan hujan tropika, sawah, laut jernih serta kuil-kuil nenek moyang dahulu akan menemani anda.
Diikuti dengan pengalaman sementara di atas Venice Simplon-Orient-Express, Dior akan membuka Dior Spa yang pertama di atas Royal Scotsman, sebuah kereta api Belmond di Scotland. Eastern & Oriental Express yang mewah ini baru sahaja diubah suai dengan gerabak yang diinspirasikan oleh gerabak art déco berona hijau dan emas. Kini, Eastern & Oriental Express mempunyai spa bergerak mereka tersendiri. Untuk mengikuti ekspedisi istimewa ini, Datin Elvina Mohamad dijemput untuk mengalami pengalaman mewah lagi peribadi bersama Dior Spa.
Reka Bentuk Dalaman Dior Spa Yang Mewah
Spa yang penuh dengan elegan dan kemegahan ini dihiasi dengan gaya unik, membawa simbol Dior dan terinspirasi daripada suasana yang memukau. Dinding spa mempamerkan canework ikonik dari House Dior dibuat dengan kayu-kayu tropika melambangkan estetika Asia Tenggara dengan sempurna. Dari kusyen hingga ke langsir, corak hijau toile de Jouy yang terkenal menghiasi suasana luar kereta api tersebut. Kawasan menyambut tetamu menawarkan pelbagai jenis jenama penjagaan kulit, alat solek dan wangian yang berprestij di Dior. Ruang ini pula akan meluas ke dalam dua bilik rawatan dengan suasana mewah dan selesa.
Rawatan Yang Boleh Dinikmati
Sebelum atau selepas memulakan pengembaraan, anda boleh menikmati salah satu dari lima rawatan dari Dior Spa yang berlangsung sepanjang 30 hingga 40 minit. Salah satunya ialah rawatan signature untuk penumpang, D-Jungle. Rawatan eksklusif ini diinspirasikan dengan rawatan yang bersifatkan holistik cukup menenangkan. Dior Spa juga membariskan ahli terapi terbaik sepanjang berada di sini.
Artikel berkaitan Selami Aura Misteri Wangian Miss Dior Baharu
Seterusnya, The Calming Constellation yang menggabungkan sentuhan lembut dan lengkap bakal melepaskan ketegangan otot dari tubuh. Otot akan menjadi lebih tenang dan stress akan terasa lebih berkurangan. Urutan mendalam dan dinamik D-Tissue bakal memberikekuatan dengan sentuhan lembut untuk mengurangkan ketegangan secara efektif. Rawatan ini juga memberi oksigen kepada otot-otot, dan mengeluarkan toksin.
Seterusnya, rawatan Kobi-Dior yang dibentuk semula adalah gabungan sempurna antara seni tradisional Asia dan penjagaan kulit Dior Prestige yang berkesan. Menggunakan teknik urutan tradisional Kobido Jepun sebagai asas, teknik ini berkesan dengan rawatan anti penuaan yang berkualiti tinggi. Rawatan Nocturnal Le Soin de Minuit pada masa berehat atau sebelum waktu tidur akan memastikan ketenangan segera yang akan membuatkan anda rasa lebih santai. Rawatan ini menggalakkan tidur dan regenerasi kulit yang optimum untuk wajah yang lebih berseri, segar dan gebu apabila bangun.
Sambil beriadah, sambil menikmati itinerari yang tersedia khas untuk 4 hari 3 malam. Samada melalui Pantai Barat iaitu perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur dengan kombinasi lawatan kebudayaan di bandar Georgetown, Pulau Pinang serta Pulau Langkawi atau merentasi melalui Pantai Timur, singgah ke utara dari Singapura.
Untuk mengalami pengalaman mewah lagi peribadi ini, ekspedisi pertama akan dibuka pada 22 Julai 2024 berlepas dan tiba di stesyen Singapura. Dior Spa ini tersedia sepanjang tahun dan boleh membuat tempahan di SINI