COACH EAU DE PARFUM: Terjemahan Atitud Kool & Energi Kota New York
Coach Eau de Parfum adalah wangian terbaru yang diispirasikan dari gaya dan tenaga downtown kota New York.
Pengarah Kreatif Eksekutif Coach, Stuart Vevers memilih Chloe Grace Moretz sebagai wajah kempen wangian ini kerana dia mewakili ciri gadis Amerika sebenar – muda, moden dan autentik.
Haruman signatur Coach ini adalah hasil ciptaan perfumers Anne Flipo dan Juliette Karagueuzoglou yang diformulakan dengan sentuhan daun raspberi ros Turki serta kasturi sebagai asas wangian tersebut.
Sebagai penghormatan buat rumah barangan aksesori kulit Amerika ini, rekaan botol Coach Eau de Parfum yang feminin dan sensual ini diolah menjadi terjemahan kesemua gaya signatur jenama tersebut.
Klik link dibawah untuk menonton video kempen haruman ini yang dibintangi Chloe Grace Moretz: