Meraikan Tahun Arnab Bersama Pilihan Terbaik Clé de Peau Beauté - Glam Malaysia

Meraikan Tahun Arnab Bersama Pilihan Terbaik Clé de Peau Beauté

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Turut tidak ketinggalan dalam menampilkan koleksi istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina 2023. Clé de Peau Beauté membawakan The Serum dan Hydro-Softening Lotion untuk anda meraikan hari cukup istimewa.

Clé de Peau Beauté memperkenalkan ilham rekaan botol khas untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina dengan lebih menyerlah dan bold. Pilihan paling tepat yakni The Serum dan Hydro-Softening Lotion menyerlahkan simbolik wanita cantik. Untuk kolaborasi kreatif, jenama ini berganding bersama pereka cetakan terkenal, Tashi Tsering yang cukup dikenali dengan desain mewah Chinoiserie.

Cle de Peau Beauté Lunar New Year

Untuk ilham rekaan bingkisan tahun ini, lakaran bunga Peony mekar menghiasi duo produk ini yang juga menangkap kepada ilham simbolik permulaan tahun baru yang bersinar. Setiap lakaran bunga ini digandingkan bersama motif daun emas yang melambangkan kepada ciri estetik kecantikan wanita elegan. Sesuai untuk pengumpul produk edisi terhad dan koleksi ini juga merupakan tanda tuah anda!

Artikel berkaitan Sembang Cantik Bersama Fyza Kadir

See also
Bukan Haruman Biasa, Tiga Bau Mawar ‘Liar’ Dari Cartier

Kenali lebih dekat dua produk pilihan wanita GLAM :

THE SERUM

Clé de Peau Beauté Must-Have serum ini sangat terkenal dalam kalangan wanita yang peka dengan masalah pra-penuaan. Diformulasikan dengan ramuan signature iaitu Skin-Empowering Illuminator yang dikuasakan dengan Platinum Golden Silk. Kegunaannya sebagai meningkatkan keupayaan kulit untuk melindungi daripada ketegangan dan kulit akan tampak lebih bersinar, lembut dan sentiasa terhidrasi.

 

Cle de Peau Beauté The Serum