Cetus Evolusi Seni Dandanan Rambut - Glam Malaysia

Cetus Evolusi Seni Dandanan Rambut

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hidup tidak lengkap jika tanpa dandanan rambut sempurna. Rangkaian got2b mencipta kelainan terkini untuk personaliti anda.

Sudah siap buat rambut, tidak sampai beberapa minit rambut curl mulalah ‘pecah’ atau gulungannya tidak kekal! Itulah saat paling menyakitkan diri, sudahlah berdiri di hadapan cermin lama, lepas itu rambut semakin jatuh! Kini, masalah mungkin akhirnya diselesaikan oleh Schwarzkopf yang menampilkan set barisan penjagaan rambut got2b sebagai pelengkap utama setelah rambut didandankan.

Jenama Schwarzkopf ini cetus trend yang semakin berkembang telah dilancarkan dalam kategori penggayaan pada tahun 2001, di AS dan kini boleh didapati di Eropah dan Asia. Kejayaan got2b didorong oleh inovasi yang bergaya dan canggih yang memfokuskan pada faedah penggayaan dan kreativiti warna dengan pelaksanaan yang edgy.

Rangkaian ini menawarkan koleksi cukup inovasi, bergaya dan canggih daripada semburan rambut, wax, gel dan mousse yang direka istimewa dalam mengekalkan bentuk rambut dan menciptanya mengikut keperibadian diri anda. Daya ketahanan bab rambut seperti digam dengan kemas, bertahan sepanjang hari. Jika anda sangat mementing penampilan sempurna dengan gaya rambut idaman, got2b jawapannya.

See also
GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Jijie Zainal, Kongsi Rahsia Solekan Istimewa YAM Tengku Puteri Iman Afzan

Fakta menarik mengenai produk got2b :

GOT2B GLUED

Barisan Glued ini punya dua produk iaitu Blasting Freezing Spray dan Spiking Wax. Setiap kegunaannya adalah mengekalkan gaya rambut sepanjang hari. Seperti semburan rambut, ianya mencetus pegangan yang sangat kuat, semburan rambut ini menentang graviti untuk mencipta gaya yang kekal sehingga syampu anda yang seterusnya. Manakala Spiking Wax, buat lelaki yang gemar membuat rambut hujungnya tajam, produk ini sesuai untuk anda kerana ia membentuk seperti wax dan memegang seperti gam untuk mengekalkan spiky anda sepanjang hari.

Tip penggunaan : Pusingkan sedikit wax tambahan ke hujung rambut untuk mendapatkan bentuk spiky yang lebih tajam.