Cedok Inspirasi Gaya Rambut Selebriti Pilihan GLAM - Page 6 of 6 - Glam Malaysia
Gaya Rambut Selebriti

Cedok Inspirasi Gaya Rambut Selebriti Pilihan GLAM

Bosan dengan gaya rambut sedia ada dan mahukan kelainan? Cedok inspirasi gaya rambut selebriti pilihan GLAM!

Sebagai wanita, kita tidak lari daripada rasa bosan dan sentiasa inginkan pembaharuan pada penampilan diri baik daripada segi gaya solekan, tata rias kuku, pemilihan pakaian harian, atau juga gaya rambut. Kami di GLAM juga tidak lari daripada kemelut ini. Maka, tidak hairanlah jika hari-hari kami menonton TikTok dan melihat tutorial serta trend terkini untuk kami padukan dengan gaya harian kami!

Namun, hari ini kami ingin memfokuskan kepada gaya rambut. Buat anda yang bosan dengan gaya rambut panjang anda, apa kata anda cuba gaya styling ala-ala selebriti pilihan GLAM bulan ini. Baik untuk gaya harian, makan malam, acara istimewa ataupun berlibur bersama teman-teman, kami yakin gaya Nadia Brian, Mimi Lana, Scha Alyahya, Puteri Aishah juga Anna Jobling ini boleh ada suntikkan ke dalam gaya harian anda nanti.

5 Gaya Rambut Selebriti Pilihan GLAM

6 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tip Penjagaan Rambut Panjang ala Gaya Rambut Selebriti

1- Elakkan membasuh rambut setiap hari bagi memastikan rambut tidak kering dan lebih sihat. Ini kerana jika anda kerap membasuh rambut, ia akan mengakibatkan rambut menjadi rosak, mudah putus dan hilang seri kerana bahan kimia pada syampu telah menyahkan minyak asli yang ada pada rambut. Tidak semestinya jika kulit kepala anda berminyak, ada perlu membasuhnya sekerap yang anda sangka. Saranan kami gunakan syampu kering.

2- Trim rambut apabila tiba masanya. Ini bagi mengelakkan rambut menjadi kusut dan mudah rapuh. Bayangkan rambut yang panjang jika dibiarkan tanpa di trim akan menyebabkan hujung rambut mudah terbelah dua dan kemudian membuatkan rambut nampak buruk dan tidak sihat. Seeloknya kunjunglah ke salon rambut setiap bulan untuk rawatan trimming bagi mengekalkan kecantikan rambut anda.

3- Jika anda seorang yang suka menggayakan rambut, pastikan anda menyembur atau menyarung produk pelindung haba pada rambut anda. Baik ketika menggunakan alat peranti seperti straightener, pengering atau penggulung rambut, wajib untuk anda menyapu produk pelindung dahulu. Ini kerana anda tidak mahu setiap helaian rambut kamu menjadi kering langsung rapuh dan putus dengan mudah. Tip kami, jika anda ingin meniup kering rambut anda, pastikan anda membiarkan rambut basah anda kering secara semula jadi selama beberapa minit, kemudian barulah menggunakan alat peranti ini. Ia bertujuan bagi mengurangkan kadar masa yang anda luang menggunakan alat haba ini.

See also
Kami Cuba Gincu Dior Rouge Forever Transfer-Proof Untuk Solekan Raya!

 

Pautan Berkaitan: Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia