Cara-cara Penjagaan Untuk Bibir Kering Anda - Page 7 of 8 - Glam Malaysia

Cara-cara Penjagaan Untuk Bibir Kering Anda

Walaupun Malaysia tidak mengalami musim luruh/sejuk masalah bibir kering masih menjadi salah-satu masalah yang perlu kita hadapi sebagai manusia biasa.

 

Selain daripada cuaca di Malaysia yang tidak menentu sebagai salah faktor bibir kering dan juga kurang minum air, seorang doktor dermatologi daripada New York menyatakan angin sejuk juga menyebabkan bibir kita kering dengan mengeringkan lapisan atas bibir dan menyebabkan bibir terkopek dan merekah. Disebabkan kebanyakan daripada meluangkan masa lebih kurang 8 hingga 9 jam di pejabat dengan penghawa dingin yang sentiasa terpasang.

 

Walau bagaimanapun, langkah pertama untuk mendapatkan bibir yang lembut dan mungil tidak ada kaitan dengan kelembapan menurut Doktor Francesca Fusco.

 

“Tiada produk yang dapat menembusi dengan betul tanpa pengelupasan yang baik,” kata Dr. Francesca.

 

Dia mencadangkan supaya anda mengguna sebatang berus gigi yang lembut untuk buffing dan scrubbing. Selepas itu anda perlu menggunakan produk pelembap yang mempunyai ceramide dan minyak natural.

 

Lihat 7 produk yang anda boleh gunakan untuk melembap dan memulihkan bibir anda.

7 of 8

Bite Beauty Agave Lip Balm

Balm untuk bibir anda yang akan menjadikan bibir anda lebih lembap dan membaiki bibir yang kering dan merekah dalam waktu yang singkat. Dapatkan di sephora.com dengan harga RM67.