Burberry Goddess Pilihan Wangian Wanita Masa Kini - Glam Malaysia
Burberry Goddess Pilihan Wangian Wanita Masa Kini

Burberry Goddess Pilihan Wangian Wanita Masa Kini

Burberry Goddess lambang kekuatan wanita sehebat lelaki. Wangian baharu ini mencetus kelainan lebih ikonik.

Burberry menampilkan wangian wanita terbaru menerusi Goddess. Koleksi ini sehebat wangian lelaki iaitu Hero Burberry. Untuk mencipta wangian wanita yang kuat dan ikonik ini, pakar wangian Amandine Clerc Marie of Firmenich menggabungkan trio aromatik vanila sebagai nota utama. Kekuatan aroma trio vanila yang berbeza ini menyerlahkan aroma misteri dan istimewa. Malah, ia mencipta aroma lebih segar dan mewah.

Disebalik nota vanila, aromanya turut dibaluti dengan pati Lavender Diva dari Provence dan nota koko serta akar halia untuk mewujudkan keseimbangan aromatik setiap nota vanila. Wangian Burberry Goddess Eau de Parfum ini juga menampilkan wajah kempen, Emma Mackey yang juga wajah pilihan jenama Burberry. Kempen ini berinspirasikan mengenai penemuan diri menerusi kekuatan diri. Susuk tubuh singa betina melambangkan kekuatan seorang wanita dan apabila digabungkan ia melantunkan kuasa diri yang luar biasa.

Goddess

Kekuatan aroma trio vanila yang berbeza ini menyerlahkan aroma misteri dan istimewa.

Reka bentuk botol wangian untuk Burberry Goddess adalah bersifat boleh diisi semula. Ini buat kali pertama Burberry membawakan konsep ini. Sentuhan sarung luar gabardine merujuk kepada warisan lama Burberry manakala botolnya pula diinspirasikan oleh arkib dimodenkan dengan pingat emas.

Burberry Goddess Eau de Parfum

Botol wangian ini juga telah dibuat menggunakan bahagian kaca kitar semula dan isi semula dibuat dengan aluminium kitar semula dan boleh dikitar semula. Kehadiran aluminium mengurangkan pendedahan cahaya dan memastikan jangka hayat simpanan lebih lama.

Baru-baru ini, Burberry Goddess meraikan dan mendekati wanita-wanita hebat di ruang podium yang berada di ruang legar Pavilion Kuala Lumpur. Pelancaran gemilang ini juga berjaya mengetengahkan mesej dan misi utama pembikinan Burberry Goddess Eau de Parfum.

Qalisha Ray

Wakil GLAM, Pengarah Kecantikan Julia Azman hadir ke acara gemilang dan ditemani barisan personaliti istimewa. Masing-masing punya kekuatan dan cerita tersendiri. Antara personaliti GLAM seperti Debbie Goh, Alicia Amin, Datin Elvina Mohamad, Nadia Brian dan Sharifah Rose. Setiap personaliti yang hadir, masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai wangian unik Burberry Goddess Eau de Parfum.

Alicia Amin

Untuk menyelami pengalaman olfaktori anda bersama Burberry Goddess Eau de Parfum. Sila kunjungi ke kaunter Burberry terdekat di kaunter kecantikan seperti di Sephora Malaysia, SOGO KL, Isetan, Aeon dan Parkson. Dapatkan sampel wangian percuma bermula hari ini sehingga Disember 2023 di SOGO KL, Isetan, Aeon dan Parkson.

Artikel berkaitan Merah Itu Ikonik! Burberry Kisses Pilihan GLAM