BOSS Bottled Parfum Untuk Personaliti Berani - Glam Malaysia

BOSS Bottled Parfum Untuk Personaliti Berani

BOSS Parfums memperkenalkan wangian baharu BOSS Bottled Parfum yang menangkap aura luar biasa dan memberi impak kepada setiap individu.

Hael Husaini

 

Kehadiran wangian baharu ini, BOSS Bottled Parfum oleh BOSS Parfums yang menyerlahkan aroma maskulin dengan kekuatan tersendiri penuh berkarisma luar biasa. Komposisi woody-ambery simbolik pati utama dan teskturnya lambang signature BOSS Bottled yang kekal abadi. Bauanya menangkap aura BOSS dalam diri anda. Tidak kisahlah apa jua jantina, yang penting diri anda kini berubah nasib seiring dengan semangat BOSS.

Eyka Farhana

Pernahkah anda terfikir suatu hari nanti anda bakal bertukar status sebagai seorang BOSS? Segala arah tuju itu adalah bergantung kepada keberanian individu. Oleh itu, BOSS kini bertukar haluan dengan memasuki era baharu, lebih berani dan lebih memberi impak berbanding sebelum ini. Jenama ikonik ini juga sangat mengagumi individu yang berazam untuk menjadi apa sahaja dia mahu. Jadilah BOSS untuk diri sendiri, jalani kehidupannya dan mainkan peranan dengan lancar barulah anda mudah bergerak ke hadapan. Sesuai dengan moto utama “Be Your Own Boss”, kecapi sehingga ke peringkat yang belum pernah anda duduki.

Nalisa Alia Amin

Untuk kempen bersama, GLAM dan Boss Parfums menampilkan tiga personaliti berlainan karier dan juga kehidupan. Penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini, Model Nalisa Alia Amin dan pelakon Eyka Farhana tampil dengan semangat membara. BOSS Bottled Parfums menyerlahkan personaliti BOSS dalam diri mereka.

See also
Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna

Eyka Farhana

“Ultimate BOSS dalam kehidupan saya adalah karier saya sebagai aktres. Saya bergelar seorang pelakon di usia yang muda, bagi saya itu adalah pencapaian terbesar buat diri saya.Jadilah BOSS untuk diri sendiri, jalani kehidupannya dan mainkan peranan dengan lancar barulah anda mudah bergerak ke hadapan. Sesuai dengan moto utama “Be Your Own Boss”, kecapi sehingga ke peringkat yang belum pernah anda duduki.”

Hael Husaini

“My ultimate BOSS bagi saya adalah berkaitan dengan diri saya sendiri. Ibarat kanvas kosong dan hanya saya yang melakarnya dengan sempurna. Seperti perjalanan karier saya sebagai penyanyi, ada cabaran yang perlu saya lalui. Namun keyakinan diri ini yang membawa kepada kejayaan yang saya impikan.”

Nalisa Alia Amin

“Me,myself and I, itulah interprestasi saya terhadap my ultimate BOSS. Pengalaman sebagai seorang model plus-size menjadi medium untuk saya menjadi inspirasi kepada individu di luar sana jangan malu dengan diri
sendiri, serlahkanlah personaliti diri tanpa ada sekatan.”

Serlahkan dan ubah diri anda bersama pilihan wangian istimewa ini. Dapatkan wangian BOSS Bottled Parfum di pusat beli-belah terkemuka dan di LazMall Malaysia.

See also
Beauty Look di Cannes 2015

Artikel berkaitan BOSS Masuki Era Baharu Lebih Berani