Blossom To My Heart

“Istimewa Hari Ibu” – Blossom To My Heart

Cinta ibu tidak boleh didefinisikan dalam satu perkataan. Pastinya memerlukan satu hari untuk merayakannya dengan semua cinta dan kebahagiaan. Hari istimewa ini disambut dengan penuh semangat, ini adalah masa yang membayar segala usaha murni dan meluahkan penghormatan kepadanya agar insan ini berasa sangat istimewa dan penuh kasih sayang. Salah satu cara terbaik untuk meraikan hari ini sangat istimewa adalah melalui keindahan bunga yakni harumanya yang dijulang sebagai intipati terpenting setiap perayaan. Semekar kembangan kelopak dan harumnya bunga,  GLAM mendekati dua personaliti cantik dan menyelami erti kasih sayang sebenar dilubuk hati mereka berdua sempena meraikan Hari Ibu.

Amelia Henderson

Kemesraan aktres Amelia Henderson dan ibunya, Dr. Jaya Rudralingam tidak memerlukan pengenalan. Sering kali ditemani ibunya di set pengambaran dan majlis glamor, dia sentiasa mengagumi dedikasi dan sikap ibunya yang sentiasa ada untuknya kala susah dan senang. Dan sebagai tanda kasih, Amelia gemar menghadiahkan ibunya wangian lantas sewaktu ke Amerika Syarikat pada usia 13 tahun, Amelia telah menghadiahkan wangian pertama kepada ibunya menggunakan duit poketnya sendiri. Sejak daripada itu, ibunya sentiasa berkongsi keseronokan semburan wangian baik ke majlis glamor atau  sekadar bersiar-siar.

See also
Siapakah Wanita Paling Cantik Di Dunia?

Datin Sharifah Shawati

Personaliti yang cukup disegani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Adamaya Consultancy & Services pula sentiasa tampil anggun di khalayak walaupun sibuk dengan urusan kerjayanya tidak kira di dalam dan luar negara. Dan seiring peredaran masa, sebagai anak perempuan tunggal di dalam keluarga,  Maya Letisha amat mengagumi ketekunan Datin Sharifah dan meneladaninya. Maka, tidak hairanlah apabila Maya juga mula menunjukkan minatnya pada bidang fesyen dan kini menerusi laman sosial Instagram @letishaaaa mula mengumpul pengikut yang tersendiri dan kian menjadi perhatian kelompok fesyen tempatan.