Best Hair Moment Di Grammys 2024!
Berlangsung sudah Grammys 2024 dengan gemilang! 7 ilham dandanan rambut terbaik di acara paling dinanti-nantikan.
Malam terbesar muzik akhirnya tiba dan kini ia memeriahkan majlis Grammys 2024. Di permaidani merah, barisan A-lister hadir dengan penampilan menakjubkan dan berbeza! Gaya dandanan Bobs telah mengambil alih musim Grammys 2024! Ramai yang hadir dengan potongan rambut Bobs seperti Gracie Abrams! Updo elegan seperti Victoria Monét dan Coco Jones kedua-sesuai dengan ilham adi busana istimewanya.
MILEY CYRUS
Dolly Parton, once said, “The higher the hair, the closer to god!” Miley hadir dengan Big Hair momen yang disifatkan klasik dan timeless. Dia hadir dengan rambut volume, fuller dan seksi! Dandanan bouffant cipta dramanya lebih lengkap pula bersama solekan bronzer!
GRACIE ABRAMS
Sesuai dengan solekan minimal dan bibir berona rosy! Gracie tampak segar bersama potongan rambut bob oleh jurudandan Bobby Eliot.
OLIVIA RODRIGO
Tampil bersahaja dan menawan bersama dandanan rambut beralun klasik dan Glam. Jurudandan Clayton Hawkins hanya menggunakan Dyson Airwrap Multi-Styler untuk mencipta alunan glamor.
DUA LIPA
Lebih bersahaja dengan pilihan warna rambut pop! Kod warna Cherry Cola menyerlahkan penampilhan anggunnya di Grammys 2024.
TAYLOR SWIFT
She’s bringing side bangs! Serlahkan penampilan bersama gaya dandanan belah tepi yang beralun juga punya perincian ikatan rambut tocang halus.
JANELLE MONAE
Selebriti eksentrik! Pesona dia sememangnya tiada tandingan. Dia hadir dengan potongan rambut Pixie dan didandan secara sleek dan sofistikasi.
ELLA BALINSKA
Membawa kepada ilham Old Hollywood Glamour! Gaya dandanan beehive updo lebih elegan dan berkarisma tinggi.
Artikel berkaitan Style Queens At The 2020 Grammy Awards