Bingkisan istimewa Hari Lunar 2022 daripada Dr.Jart+ cukup istimewa.Pilihan Cicapair Serum, direka khas untuk melindungi kulit rengsa dan sensitif. Serum ini cukup menenangkan kerana dikuasai dengan Centella Asiatica, juga dikenali sebagai ‘Tiger Grass’, membantu menghidrat dan menenangkan kulit yang merah dan iritasi. Kisan menarik disebalik ramuan utama yang diilhamkan daripada kisah harimau yang selepas berjuang di alam liar, menggosok badannya di ladang Centella Asiatica untuk menyembuhkan lukanya.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”