Sampaikan hajat bersama #GucciBeautyWishes sambil meraikan tahun Lunar dengan serba istimewa. Tahun ini, Gucci Beauty hadir dengan koleksi edisi terhad Rouge à Lèvres Voile. Sebanyak tiga warna pilihan yang direka kembali dan pilihan rona merah lambang kemeriahan sambutan hari penuh bermakna ini. Pilihan GLAM, Rouge à Lèvres Mat lipstick kod warna 25* Goldie Red.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”