Kala meraikan hari cukup istimewa. Kenapa tidak, pilihan koleksi terhad daripada Laura Mercier yang tampilkan bingkisan khas menerusi koleksi Yeaf of Tiger. Untuk Edisi Terhad ini, koleksi ikonik bedak debu Translucent Loose Setting Powder kemas berbalut rona merah dan emas tanda ilham moden. Teksturnya cukup ringan dan mudah diaplikasi pada wajah mampu buat solekan flawless selama 16 jam. Manakala untuk pilihan pemerah pipi, Blush Color Infusion turut hadir dalam rekaan terhad.