5 Bedak Kusyen Viral Pilihan GBC
Penggunaan bedak kusyen semakin naik sejak-sejak kini kerana bungkusannya yang kompak dan liputan yang tinggi Produk ini kini lebih digemari berbanding bedak asas.
Datang dan dipopularkan oleh Korea Selatan, bedak kusyen yang dahulunya sukar didapati sekarang boleh didapati dimana-mana sahaja. Produk yang sedang meluas ini sudah wujud lebih kurang 15 tahun dan pertama kali dilancarkan pada tahun 2008 oleh Amorepacific. Produk inovatif ini diilhamkan oleh cop yang digunakan di tempat letak kereta. Ia awalnya dicipta berdasarkan maklum balas pelanggan yang menginginkan asas ringan yang menggabungkan perlindungan UV dan fungsi solek. Gabungan ciri unik ini telah membolehkan bedak kusyen bukan hanya menjadi pilihan, tetapi juga membentuk niche yang tersendiri dalam industri kecantikan. GBC akan berkongsi lima bedak kusyen viral pilihan kami untuk anda.
#1 TIRTIR Mask Fit Cushion
Ditubuhkan pada tahun 2015, TIRTIR telah berjaya menonjol dalam industri kecantikan dengan menghasilkan produk yang menggabungkan keunggulan alam semula jadi dan sains. TIRTIR Mask Fit Cushion, yang merupakan produk paling laris di Jepun, menawarkan perlindungan sehingga 72 jam dengan kemasan separa “matte”. Ia memastikan kulit nampak berseri dan licin seperti kaca. Reka bentuk “puff” berbentuk telur yang unik membolehkan aplikasi yang tepat, merangkumi setiap sudut wajah. Bedak kusyen TIRTIR juga menerima reaksi positif dari pengguna mereka di sosial media seperti TikTok. Kini, TIRTIR juga boleh didapati di kedai fizikal AINZ & TULPE yang berada di Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil, dan IOI City Mall.
#2 Skintific Cover All Perfect Cushion
Baru sahaja melancarkan bedak kusyen kedua mereka, Skintific juga merupakan pilihan GBC. Skintific Cover All Perfect Cushion terkenal dengan liputan mereka yang tinggi dan rona yang pelbagai. Rona-rona yang disediakan oleh Skintific sangat sesuai dengan kulit Asia Tenggara. Dengan bungkusan yang eksklusif, produk dair Skintific ini kini datang dengan dua jenis, dewy dan matte. Bedak kusyen Skintific yang berbungkus emas sesuai dengan kulit yang lebih kering dan bakal memberi hasil yang bersinar kepada pengguna. Manakala yang berbungkus biru, sesuai untuk golongan yang kulit berminyak dan bakal memberi hasil yang lebih matte. Pelbagai reaksi positif diberikan mengenai produk ini, seperti pengguna tidak perlu menggunakan sahap noda (concealer) untuk menutup cela kerana sudah ditutupi oleh bedak kusyen Skintific.
#3 Laneige Neo Cushion
Laneige Neo Cushion juga mempunyai dua jenis, matte dan glow. Kebanyakkan bedak kusyen memberi pilihan kepada pengguna mereka untuk menggunakan produk mengikut hasil akhir yang mereka mahukan. Jenama terkenal dari Korea Selatan ini mengangkat produk mereka ini ke tahap yang berbeza dengan memberi servis untuk membuat rona bedak kusyen sendiri. Pernah tular di sosial media, para pencinta kecantikkan sanggup terbang ke Korea Selatan untuk membuat sendiri bedak kusyen yang menepati rona kulit mereka. Laneige Neo Cushion Glow dikatakan mampu bertahan sinarannya sehingga 24 jam menjadikan produk ini menjadi kegemaran ramai. Produk ini lebih ringan dan memberikan efek yang effortless dan sangat sesuai untuk ‘no makeup makeup look’.
#4 Somethinc Breathable Cushion
Jenama dari Indonesia ini terkenal dengan bungkusan dan puff mereka yang lebih unik, berbentuk segi empat. Bagi mereka yang aktif di TikTok, jenama ini pasti tidak asing lagi. Banyak produk penjagaan wajah Somethinc, seperti bedak kusyen dan serum mereka yang sering menerima ulasan positif berkat keberkesanannya. Something merupakan jenama yang boleh dianggap baru di dalam pasaran. Mereka pertama kali melancarkan produk mereka pada tahun 2019. Dengan pilihan rona yang pelbagai, bedak kusyen dari Somethinc juga sesuai dengan kulit Asia Tenggara kerana mereka sememangkan mengeluarkan produk ini khas mengikut kesesuaian kulit wanita Indonesia. Produk dari Somethinc ini datang dengan dua jenis yakni Hooman Breathable UV Cushion dan Copy Paste Breathable Cushion. Hooman Cushion memberi kemasan matte manakala Copy Paste Cushion memberi kemasan bersinar.
#5 Wardah Instaperfect Skincover Air Cushion
Jenama Indonesia yang tidak asing lagi, Wardah telah mengeluarkan banyak produk kecantikkan yang menjadi pilihan wanita diluar sana. Wardah Instaperfect Skincover Air Cushion merupakan bedak kusyen hibrid produk penjagaan kulit menjadikan produk ini bukan sahaja menambah seri wajah, malah merawat kulit pengguna. Dengan bungkusannya yang ringan dan kompak, produk ini sesuai dan mudah dibawa kemana-mana sahaja. Produk ini memberi kemasan yang tampak matte dan dengan effortlessnya mampu menyerap ke kulit tanpa merasa berat di wajah. Berdasarkan ulasan dari sosial media, penggunaan produk ini mudah dikawal kerana puffnya yang ringan dan inovasi.
Bedak kusyen semakin popular kerana kemudahan dan liputan tinggi yang ditawarkan.. Jenama seperti TIRTIR, Skintific, dan Laneige menawarkan pelbagai pilihan yang sesuai dengan pelbagai jenis kulit, sementara Wardah pula menggabungkan fungsi kecantikan dan penjagaan kulit. Dengan reka bentuk kompak dan aplikasi yang cepat, bedak kusyen kini menjadi pilihan utama dalam rutin kecantikan, menjadikannya pelaburan yang berbaloi untuk mendapatkan kemasan sempurna.
Pautan Berkaitan: GBC Dekati Datin Elvina Secara Eksklusif Untuk Dior Spa