Aroma Misteri Dan Sensual Cologne Intense - Glam Malaysia

Aroma Misteri Dan Sensual Cologne Intense

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jo Malone London memperkenalkan himpunan Cologne Intense yang membariskan sebanyak 9 wangian berbeza aroma penuh sensual.

Jika anda ingin haruman yang intensif, lebih kuat aromanya. Jo Malone London memperkenalkan barisan terkini Cologne Intense buat yang gemarkan aroma mewah dari ramuan berharga dunia.

Cologne Intense Collection merupakan koleksi wangian unik yang hanya berada di dunianya sendiri. Aromanya cukup memikat dan kuat sehinggakan anda terbawa ke dunia berbeza. Gabungan inspirasi imaginasi dan ritual digabungkan pula dengan pilihan ramuan berharga membuatkan koleksi adalah pilihan peribadi.

Titik permulaannya sangat misteri dan menyemarakkan mood sensual dengan 9 koleksi wangian berbeza aromanya. Setiap wangian yang dicipta adalah menerusi inspirasi lebih jauh ilhamnya. Tidak lagi hanya dengan landskap tradisi dan ramuan ikonik British. Untuk haruman Cologne Intense lebih menawarkan kehangatan yang mendalam, lebih lantang aromanya tetapi masih mengekalkan identiti semula jadi Jo Malone London.

Sebanyak 9 koleksi Cologne Intense yang berada di ruang pameran seperti Oud & Bergamot, Jasmince Sambac & Marigold, Cypress & Grapevine, Myrrh & Tonka, Velvet Rose & Oud, Tuberose Angelica, Scarlet Poppy, Dark Amber & Ginger Lily dan Vetiver & Golden Vanilla.

See also
Rambut Sihat Tak Bercabang

9 Wangian Cologne Intense Perlu Anda Tahu:

Oud & Bergamot

Mengekalkan tradisi dalam memelihara keistimewaan oud. Kayu misteri dan berharga ini lebih istimewa dipadankan bersama bergamot yang segar. Aroma hipnotiknya cukup memikat.