Anzalna Berkongsi Rahsia Kejelitaan Pagi Sampai Malam - Glam Malaysia

Anzalna Berkongsi Rahsia Kejelitaan Pagi Sampai Malam

Wanita cantik ini sering menjadi tumpuan setiap kali dia melintas di tengah orang ramai. Rambut lebat panjang mengurai memukau pandangan mata. Kulit mulusnya membuahkan rasa cemburu di hati. Lembut tingkahnya cukup sempurna buat insan bernama Anzalna Nasir.

 

 

Siapa tidak kenal pelakon Anzalna yang tidak lokek dengan senyuman. Setiap kali bersua pasti dilemparkan senyuman ramah dengan teguran mesra. Malah kehidupan bersama suami dan keluarga dikongsi menerusi Instagram. Mereka adik-beradik sangat lucu dan bahagia sekali.

 

Menjadi tumpuan orang ramai membuatkan Anzalna mengambil berat mengenai rutin penjagaan kecantikannya. Apabila ditanya peminatnya, soalan paling kerap diujakan—Apa rahsia kecantikan Anzalna? GLAM secara dekat dapat berkongsi rutin kecantikan Anzalna daripada pagi sampai malam.

 

 

RUTIN PAGI

Menurut Anzalna, kulit wajah yang sensitif memerlukan penjagaan rapi. Bukan mudah mencari produk serasi. “Akibat kulit sangat sensitif, saya cuma memakai pencuci tanpa buih. No toner! Hanya moisturizer,” ujarnya berkongsi rutin pagi setiap hari.

See also
GLAM PROMOSI - JUN 2018

 

Bagi penampilan sehari-hari, Anzalna senang dengan solekan semula jadi sebelum keluar rumah. “No false eyelashes or eye liner!” Melainkan solekan untuk sesi fotografi atau ketika menghadiri acara tertentu terutama jemputan klien. Barulah tampak kelainan penampilan Anzalna daripada hujung rambut ke hujung kaki.

 

Rambutnya yang panjang mengurai dan lebat memang jadi perhatian. Ujar Anzalna, rutin penjagaannya mudah sahaja. Kebiasaan setiap pagi, Anzalna mengoles Anzel Hair iaitu produk yang diasaskannya sendiri. “Selepas memakai Anzel Hair barulah saya melumur rambut dengan minyak serum rambut.”

 

 

RUTIN MALAM

Sering memenuhi undangan makan malam atau acara perasmian klien, Anzalna lebih senang tampil dengan solekan glam. Menyarung busana mewah, dia mahu penampilan disenangi semua orang.

 

Pulang daripada acara semestinya penting bagi Anzalna untuk membersihkan wajah. Kalau boleh tidak mahu sebarang solekan yang tinggal. “Saya menggunakan penanggal solekan L’Oreal, mencuci wajah seperti biasa dan kemudian barulah saya memakai pupur wajah atau mask.”

See also
Marc Jacobs Beauty Menampilkan Kecantikan Anak Cindy Crawford

 

Sebelum tidur dia memastikan untuk memakai produk kecantikan terlebih dahulu. Semestinya jenama pilihan Anzalna seperti Dior, YSL, By Terry, Caudalie, Avene dan L’Oreal.

 

RESOLUSI 2019

“Sepanjang 2019 saya mahu menghabiskan waktu dengan orang tersayang. Kita wajar mengambil berat mengenai mereka, hanya mereka yang ambil tahu tentang diri kita dan itu lah punca kebahagian. Selain itu mahu berbakti dengan membuat amal kebajikan dan berusaha membantu mereka yang memerlukan.”

 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse