Anugerah Drama Sangat,Ini 5 Selebriti Tampil Paling Cantik Pilihan GLAM - Glam Malaysia
Drama Sangat 2023

Anugerah Drama Sangat,Ini 5 Selebriti Tampil Paling Cantik Pilihan GLAM

Meriah berlangsungnya Anugerah Drama Sangat malam tadi. Dihadiri ramai selebriti tanah air, antaranya Anna Jobling, Nabila Huda, Misha Omar dan ramai lagi. Siapakah yang tampil paling cantik malam itu? Ayuh, GLAM senaraikan glam look kegemaran kami!

Antara anugerah yang dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia, Anugerah Drama Sangat 2023 anjuran TV3 ini diadakan malam tadi dan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Lebih meriah apabila gandingan hos yang mantap menjadi pilihan iaitu Sherry Alhadad juga Sharifah Shahira. Mempertandingkan 14 kategori dan telah menyaksikan drama Suamiku Lelaki Pendosa diangkat sebagai Drama Terbaik.

Manakala, Drama Novel Adapatasi Terbaik dimenangi oleh drama Melur Untuk Firdaus. Pelbagai lagu kategori dipertandingkan antaranya Pengarah Terbaik (Eyra Rahman), Penulis Skrip Terbaik (Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis), Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Aaron Aziz), Pelakon Wanita Terbaik (Ummi Nazeera), Pelakon Lelaki Popular (Redza Rosli), Pelakon Wanita Popular (Anna Jobling), Pelakon Antagonis Terbaik (Gambit Saifullah), Pasangan Drama Terbaik (Anna Jobling & Meerqeen) dan OST Terbaik

See also
NABILA HUDA

GLAM turut tertarik dengan sebilangan selebriti tanah air yang hadir melewati karpet merah. Cukup cantik dan tampil penuh glamor malam itu. Antaranya seperti Nabila Huda, Anna Jobling, Marsha Milan dan ramai lagi.

Selebriti Pilihan GLAM Tampil Paling Cantik

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Anna Jobling

Seperti biasa, dalam apa jua persalinan, Anna Jobling sememangnya tampil cantik dan menawan sekali. Begitu juga dengan penampilannya malam tadi, anggun dalam sarungan busana Alia Bastamam dengan padanan barang kemas berlian di lehernya. Solekan yang dilayang sepadan dengan gaya keseluruhan. We love the red lips! Hasil magis tangan Deqsha dan dandanan rambut yang simple namun klasik oleh Syuk Qadir. Bagaikan puteri!

Anugerah Drama Sangat 2023

Gambar: @makeupbydeqsha