Alami Wangian Bersempena Musim Percutian Dengan Edisi Terhad Le Labo Holiday Discovery Set
Bersempena menyambut percutian kali ini, label wangian Le Labo menghadirkan edisi terhad Holiday Discovery Set yang eksklusif, sebagai hadiah penuh makna buat yang tersayang.
Le Labo sudah semestinya menjadi the best hot list sebagai jenama yang cukup dikenali dalam rangkaian industri minyak wangi. Untuk musim percutian tahun ini, Le Labo mempersembahkan Holiday Discovery Set yang merupakan edisi terhad dengan tampilan deretan minyak wangi dan juga haruman lilinnya. Namun apa yang lebih menarik, set ini turut menawarkan seleksi aroma yang mempersonakan sekali gus dengan perkhidmatan pembungkusan hadiah yang eksklusif lagi menarik.
Meraikan Musim Percutian Dengan Koleksi Edisi Terhad Holiday Discovery Set Le Labo
Buat yang menggemarkan wangian dari Le Labo, bersempena menyambut musim perayaan kali ini, koleksi edisi terhad Eau De Parfum Discovery Set bersaiz 6x5ml adalah pilihan yang terbaik. Didatangi dengan haruman klasik yang cukup digemari, set ini menampilkan deretan minyak wangi termasuk Another 13, Bergamote 22, Rose 31, Santal 33, The Matcha 26 dan juga The Noir 29. Ia bakal menjadi pilihan hadiah yang mencipta kenangan dengan detik bauan yang mempersonakan. Nyata, cukup sesuai dijadikan sebagai hadiah buat yang tersayang mahupun sebagai kegunaan peribadi.
Selain itu, Le Labo turut menghadirkan Candle Discovery Set bersaiz 3×56.5g dengan seleksi aroma yang wangi dan menyenangkan. Ia menampilkan tiga jenis aroma seperti Ambroxyde 17, Palo Santo 14 serta Santal 26. Lilin beraroma ini diperbuat dengan dos minyak wangi yang tinggi dengan campuran lilin tersuai serta sumbu yang dibina daripada gentian semula jadi. Lantas, ia menghasilkan lilin yang memberi pengalaman bauan yang mengasyikkan. Item wangian rumah ini juga dibungkus di dalam bekas kaca, diselitkan ke dalam kotak kraf klasik label ini yang tampil minimalis namun penuh istimewa.
Tambahan lagi, Le Labo turut menyediakan perkhidmatan pembungkusan yang eksklusif bersempena musim perayaan ini. Tidak kira wangian rumah mahupun minyak wangi, label ini menampilkan pelbagai pilihan pembungkusan hadiah untuk dipilih! Daripada tampilan kotak kraf bercetak bersama butiran reben ataupun balutan hadiah menggunakan bandana, semestinya menjadikan hadiah buat yang tersayang lebih luar biasa. Di samping itu, seleksi lain seperti tali kapas bergantung dan juga tag hadiah vintaj yang lebih peribadi, turut tersedia di dalam perkhidmatan pembungkusan ini mengikut lokasi kedai yang terpilih. Nyata, koleksi edisi terhad Holiday Discovery Set Le Labo ini menjadikan musim perayaan lebih memorable untuk diraikan bersama.
Artikel Berkaitan: 5 Wangian Floral Pilihan GLAM