Alami Pengalaman Rawatan Rambut Di Kiosk Baharu Aveda, Suria KLCC - Glam Malaysia

Alami Pengalaman Rawatan Rambut Di Kiosk Baharu Aveda, Suria KLCC

Jenama penjagaan rambut yang berasaskan Vegan kini dengan bangganya membuka kiosk baharu di Suria KLCC.

Mula diperkenalkan sejak tahun 1978 di Minneapolis, MN. Aveda mencipta produk rambut, kulit dan badan berprestasi tinggi untuk secara profesional dan sesuai untuk pengguna di rumah. Aveda cukup dikenali dengan teknologi botani berinovasi yang menggabungkan prinsip sains moden dan secara Ayurveda. Setiap rangkaian ini diperbuat dengan pati tumbuhan dan bunga semula jadi. Selain itu, turut memperkenalkan rawatan berasaskan ritual untuk kecantikan holistik.

Dalam menyokong perjalanan kecantikan rawatan secara holistik Aveda, GLAM dan bersama personaliti Athisha Khan dijemput untuk alami pengalaman istimewa dalam merawat masalah rambut dan melalui ritual kecantikan yang dilaraskan oleh pakar kecantikan Aveda. Kiosk baharu Aveda yang terletak di LOT OSG11, tingkat bawah Suria KLCC. Kiosk ini membariskan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut dan ruang kecantikan yang membolehkan anda melalui proses penilaian rambut bersama pakar rambut bertauliah.

See also
1001 Azimat Minyak Pati

Aveda rawatan berasaskan ritual untuk kecantikan holistik

Personaliti Athisha Khan sering mengalami masalah rambut mudah kusut dan putus. Malah, rambutnya pula bertekstur halus. Untuk mengatasi masalahnya, rangkaian Aveda Botanical Repair Strengthening Overnight Serum dapat mengurangkan masalah rambut putus dan bercabang.

Pakar rambut Eddy memulakan Aveda Ritual mengikut turutan sempurna. Cara penggunaannya Botanical Repair Strengthening Overnight Serum adalah mudah dengan Pamkan 1-2 titis serum di telapak tangan, gosok rata dan hidu aromanya untuk efek menenangkan. Lalu,sapukan pada hujung rambut untuk pembaikan hujung rambut yang kering dan bercabang.Bahagikan rambut kepada 4 bahagian dan sapu rata agar serum serap dengan sempurna.Akhir sekali, sikat rambut dengan perlahan. Serum ini boleh digunakan sebelum anda masuk tidur.

Pengarang kecantikan GLAM, Julia Azman juga melalui proses yang sama. Untuk Julia, dia sering mengalami masalah rambut gugur, kering dan mudah putus. Tekstur rambutnya halus maka mudah kusut. Oleh itu, untuk ritual Aveda Eddy menyarankan dia menggunakan rangkaian daripada Invati Advanced Scalp Revitalizer. Barisan ini membantu mengurangkan masalah keguguran rambut.

See also
Manifesto Cantik : Bintang Malaysia Setaraf Antarabangsa

Cara penggunaan Aveda Invati Advanced Scalp Revitalizer juga sangat mudah. Revitalizer ini boleh digunakan selepas syampu dan perapi rambut.Selak rambut dan bahagikan ke beberapa bahagian dan pam terus ke kulit kepala. Akhir sekali, gunakan paddle brush dan gosok sama rata agar tekstur revitalizer serap dengan sempurna.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk terkini dan pembelian secara dalam talian, kunjungi laman Lazada dan Zalora Malaysia.

 

Artikel berkaitan Sembang Cantik Bersama Arizona Muse