Alami Pengalaman Fantasi Gucci Flora di Suria KLCC - Glam Malaysia

Alami Pengalaman Fantasi Gucci Flora di Suria KLCC

Di ruang legar Suria KLCC, kini dihiasi laman serba fantasi yang direka khas untuk menyambut kehadiran Gucci Flora Gorgeous Jasmine.

Seiring dengan pelancaran Gucci Flora Gorgeous Jasmine baharu mereka, Gucci mengalu-alukan anda ke #FloraFantasy di Suria KLCC. Sambil menerokai setiap sudut dan kaunter menarik daripada pilihan kosmetik hinggalah ke barisan wangian, anda juga berpeluang mendekati koleksi terhad Palette Beauté Des Yeux Gorgeous Flora dan Rouge De Beauté Brillant Flora.

Terkini untuk barisan #FloraFantasy, Gucci Flora Gorgeous Jasmine adalah ciptaan baharu lebih segar, ringan dan menakjubkan. Dengan aroma semerbak Grandiflorum Jasmine, dilengkapi pula bersama Sandalwood, Benzoin dan pati Mandarin Essence serta Magnolia Accord mencetus emosi yang menggembirakan.

GLAM ditemani bersama barisan tetamu istimewa kala singgah ke laman #FloraFantasy termasuklah Jane Chuck, Bella Kuan, Shiyo Jo, Sharifah Areeqa dan Aida Razman. Pilihan mereka daripada jenama itu termasuk Gorgeous Jasmine terkini serta palet mata Palette Beauté Des Yeux Gorgeous Flora dan lipstik Rouge De Beauté Brillant Flora yang sangat terperinci dan cantik.

See also
Ekstrak Ginseng Rahsia Kulit Tegang

Temui koleksi Flora di Suria KLCC Centercourt hari ini hingga 21 Ogos dan juga berpeluang untuk memiliki sampel wangian percuma.

Artikel berkaitan Wangian Gucci Flora Edisi Terhad Terbaru