7 Trend Kuku Holiday 2025 Boleh Anda Cuba!
Dari rekaan tatarias kuku Frosty Tip Hingga ke rona coklat. Ini pilihan manicure musim percutian paling meraih permintaan terutama menjelang festival atau holiday.
Musim festival atau holiday hujung tahun sudah tiba, dan bersama-sama dengannya datang segala mood cozy, dari sweater berbulu hingga rom-com Krismas yang tak pernah jemu kita tonton. Tetapi ada satu perkara yang sering terlupa dalam checklist festival iaitu tatarias kuku untuk musim sejuk yang betul-betul statement.
Lupakan tanggapan bahawa Winter Nails mesti suram dan gelap sahaja. Musim ini, kita bercakap tentang seni kuku yang meriah, sophisticated, dan mampu mencuri perhatian di setiap majlis makan malam atau sekadar ketika anda menanggalkan sarung tangan. Dari corak ais yang klasik hingga cetakan sweater bergaris yang unik, pilihan manikur untuk holiday kini lebih creative dan playful berbanding sebelum ini. Ini 5 rekaan kuku pilihan GLAM untuk anda cuba!
1. Kuku Polka Dot Contrast
Rekaan polka dot atau bintik-bintik kecil kekal sebagai salah satu trend besar tahun 2025, dan untuk musim sejuk, ia extra adorable bila dimainkan dengan light and dark shades. Bahagian bawah terang dengan dots gelap di satu tangan, kemudian tukar kombinasi di tangan yang lain. Efek ini simple tapi sangat menggagumkan.

2. Kuku Cetakan Bintik Rusa
Tortoise shell dan cow print memang iconic, tetapi deer nails? That’s the dark horse yang kini menjadi kegemaran ramai. Ia sangat mudah untuk dicipta semula. Anda hanya perlukan polish coklat muda dan berus nipis putih.

3. More Is More
Go all out dan campurkan setiap corak yang anda suka dalam satu rekaan kuku mismatched yang penuh personaliti. Ini masanya untuk anda tambil berani sempena meraikan musim percutian! Kerana jari-jemari anda deserve to have fun.

4. Moody French Tip
Mahukan French Nails tetapi dengan sentuhan yang lebih unik. Tukarkan di hujungnya kepada coklat gelap atau merah. Barulah tampak chic, seasonal, dan sangat mudah terutamanya kalau anda pilih press-ons. Minimal effort, maximum elegance.

5. Kuku Coklat Klasik
“Chocolate nails terus menjadi pilihan ke musim sejuk,” kata nail artist dan educator Sofia Mazur. Warna coklat pekat, mocha, dan espresso muncul di runway New York, Paris, dan Milan dari brand seperti Miu Miu hingga Bottega Veneta. Apa yang menjadikan look ini sesuai untuk musim festival adalah versalitinya. Ia sesuai dengan kedua-dua cool dan warm complexions, nampak elegan pada setiap bentuk kuku, dan mudah disesuaikan dengan apa-apa kemasan sama ada high-gloss mirror shine, soft velvet matte, atau krom molten chocolate.

6. Kuku Bentuk Sweater Jalur
Kalau sweater anda dah berjalur, kenapa tidak kuku anda juga? Striped sweater nails adalah trend yang fun dan cozy pilih sama ada all-over stripes atau horizontal French tip untuk mimic knitwear kesayangan anda.

7. Kuku Corak Snowflake
Dan sudah tentu, kita tidak boleh tinggalkan blizzard-inspired manicure untuk musim sejuk. Cuba white chrome base dengan beberapa accent nails bercorak snowflake, atau opt untuk glittery blue manicure lengkap dengan sparkle dan gems tambahan.
Artikel berkaitan 4 Tatarias Kuku Yang Bertemakan Halloween
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

