7 Makanan Ini Untuk Memperkuat Rambut Anda - Glam Malaysia

7 Makanan Ini Untuk Memperkuat Rambut Anda

Makanan juga dapat membantu kesuburan dan memperkuat rambut. Alternatif selain memakai serum atau minyak rambut.

Rambut Sihat

Apabila melihat rambut semakin berkurangan dan rosak, anda mungkin tanpa berfikir panjang terus menghabiskan wang ringgit untuk membeli produk perawatan rambut atau rawatan yang mahal. Namun, adakah anda sedar bahawa nutrisi juga penting. Memakan makanan seimbang yang kaya dengan vitamin dan nutrisi turut membantu meningkatkan kesihatan rambut, kulit dan kuku. Ini 7 makanan untuk rambut anda tebal, kuat dan bersinar :

Untuk membantu rambut tumbuh lebat : Produk berasaskan susu

keju cottage

Keju jenis cottage dan yogurt mempunyai protein penting dalam makanan. Kerana rambut juga terdiri dari protein maka makronutrien ini sangat penting untuk pertumbuhan.

Untuk mengatasi masalah rambut rosak : Minyak Ikan

Variati minyak ikan seperti salmon dan mackerel mengandungi omega-3 yang dapat membantu memperlambatkan kerosakan rambut. Ikan juga mengandungi zat besi dan vitamin B12 yang dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit. Zat besi akan disimpan di dalam folikel rambut dan digunakan untuk berbagai proses penting seperti pembuatan hemoglobin, zat dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen.

See also
Sembang Cantik Beauty Conneiseurs dan The Face Shop

Untuk melebatkan rambut : Bijirin

Bijirin dari roti hingga cereal semuanya mengandungi zat zinc, vitamin B dan zat besi. Zinc adalah kunci kesihatan rambut kerana digunakan untuk memperbetulkan hormon dan secara langsung rambut anda akan tampak tebal.

Untuk melawan kelemumur : Kacang

Kacang

Penuh dengan selenium dan mineral sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala anda. Kacang juga dapat mengurangi masalah kekeringan.

Untuk rambut lebih bersinar sihat : Lobak Merah

Sangat terkenal dengan menjaga kesihatan mata. Rupanya lobak merah juga membantu rambut lebih bersinar. Kandungan vitamin A, sayuran ini dapat membantu rambut lebih bersinar dengan menjaga kadar minyak pada kulit kepala. Selain lobak merah, sayuran lain yang ada vitamin A seperti tomato, apricot dan bayam.

Artikel berkaitan 6 Gaya Rambut Harian Chic Boleh Anda Gayakan

Untuk memelihara rambut : Pisang

Kekurangan vitamin B6 terbukti berkaitan dengan penipisan rambut kerana vitamin B membantu tubuh menyerap nutrisi dari makanan. Malah, turut mempengaruhi produksi sel darah merah yang membantu memelihara folikel rambut anda.

See also
Retorik: Trend Hijab yang Mengelirukan

Untuk mengatasi masalah rambut kering : Sayuran hijau berwarna gelap

Sayuran hijau berwarna gelap seperti bayam dan brokoli mengandungi vitamin A dan C. Ini adalah nutrisi penting untuk rambut terutama rambut kering.