7 Idea Solekan Good Vibes Festival 2023 - Glam Malaysia

7 Idea Solekan Good Vibes Festival 2023

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Looking for inspiration to get started? GLAM hadir dengan 7 idea solekan festival untuk Good Vibes Festival 2023! 

Hello, GVF 2023 first day is tomorrow! GLAM sibuk merisik ramai yang hadir katanya seperti pergi ke minggu fesyen! Jika anda sibuk mencari outfit sesuai untuk ke GVF, apa kata GLAM bantu bahagian idea solekan festival paling mudah dan senang untuk tiru. Masih sempat untuk anda beli barangan atau produk mekap berdekatan!

7 Idea Solekan Good Vibes Festival 2023

MATA GALAKSI

Serlahkan mata anda bersama bayangan gelap kosmos dengan ilham solekan abstrak ini. Lakarkan bentuk mata anda dengan pensel celak sebelum mengadun bersama pembayang mata hitam dan menghiasinya dengan glitter holografik.