Use your ← → (arrow) keys to browse
6. Super Bowl Halftime Show (2023)
Foto: Beauty Crew
Setelah sekian lama tidak membuat persembahan secara live, Riri memberikan persembahan yang tidak dapat dilupakan buat para peminatnya. Dia yang kini merupakan seorang ibu dan juga sedang hamil anak kedua, tetap mengagumkan ketika beraksi di atas pentas berprestij itu. Riri tampil dengan solekan yang berani dengan gincu merah terang sepadan warna bajunya. Priscilla Ono, Jurusolek Global Fenty Beauty, memberi sentuhan buat Riri dan mengatakan “That red stage called for the ultimate Rihanna red lip”. Dia turut memakai eyeliner yang berwarna kilauan silver yang menyerlahkan lagi rupa parasnya. Penyanyi hebat itu juga bijak mengambil kesempatan mempromosikan produk kosmetiknya. Di mana dia touched-up solekan menggunakan Beauty Invisimatte Instant Setting Powder daripada Fenty Beauty ketika di tengah-tengah persembahan. Rihanna sudah semestinya seorang yang bijak dalam dunia solekan!