6 Gincu Tona Beri Untuk Musim Sejuk Pilihan GLAM - Glam Malaysia
6 Gincu Tona Beri Untuk Musim Sejuk Pilihan GLAM

6 Gincu Tona Beri Untuk Musim Sejuk Pilihan GLAM

Tona beri akan memberi sentuhan yang lebih elegan dan sofistikasi, sesuai untuk suasana musim sejuk yang lebih gelap dan dingin.

Musim sejuk telah tiba dan inilah masanyauntuk mencuba gaya solekan yang baru. Salah satu cara terbaik untuk mengubah gaya solekan anda semasa cuaca sejuk adalah dengan memilih gincu dalam tona beri. Tona beri, yang merangkumi pelbagai warna seperti merah ceri, ungu mewah, dan burgundy gelap danbanyak lagi. Ia bukan sahaja memberikan penampilan yang dramatik tetapi juga menambahkan elemen kehangatan pada wajah anda.

Dari rona merah yang berani hingga ungu tua yang penuh misteri, setiap pilihan ini sesuai untuk pelbagai acara. Sama ada majlis formal, pertemuan kasual, atau sekadar penampilan harian yang lebih elegan. Setiap gincu dijamin memberikan bibir yang penuh warna, lembut, dan terhidrasi sepanjang hari, membolehkan anda tampil yakin dan menawan. Inilah masanya untuk mengubah gaya solekan anda dengan 6 pilihan gincu tona beri yang dijamin memukau dari GLAM!

#1 Laura Mercier Caviar Matte Lipstick – 510 Mulberry Moire

Caviar Smoothing Matte Lipstick dari Laura Mercier memberi penghidratan untuk bibir selama 16 jam. Dengan satu sapuan, ia memberikan warna yang penuh impak dan liputan penuh yang kekal tanpa perlu dibaiki. Selain itu, gincu ini juga mempunyai aroma mewah vanila ros yang menggoda. Rona Mulberry Moire memberikan tona beri yang sempurna untuk digunakan ketika musim sejuk. 

See also
Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia?

tona beri

#2 Pat McGrath Labs Lip Fetish Divinyl Lip Shine – Belle Amour

Bibir berkilau akan sentiasa menjadi kegemaran pencinta kecantikan. Pat McGrath Labs Lip Fetish Divinyl Lip Shine memberi pigmen seperti gincu, tekstur seperti salap bibir dan kilauan seperti pengilat bibir. Didatangi dengan 8 rona berbeza, rona Belle Amour menjadi pilihan kami kerana tona beri yang tidak terlalu menonjol, memberikan rona yang sempurna di bibir untuk musim sejuk. 

tona beri

#3 Fenty Beauty Stunna Lip Paint Longwear – Deep Burgundy

Rihanna telah mencipta rangkaian 7 warna menarik perhatian yang kelihatan menakjubkan pada semua orang. Pigmen pusam yang tahan lama ini begitu ringan, seolah-olah tidak memakai apa-apa produk. Aplikatornya  memudahkan anda membentuk dan mengisi bibir hanya dengan satu sapuan. Gincu cecair yang ringan dan tahan lama ini mempunyai kemasan pusam lembut, dihasilkan dalam pelbagai warna menarik yang kelihatan hebat pada semua jenis tona kulit. Untuk musim sejuk, GLAM memilih rona Deep Burgundy sebagai tona beri yang bakal menaikkan seri anda!

See also
Diari Cantik GLAM Bersama Pelakon, Siti Hariesa

tona beri

#4 Dior Addict Lip Glow – Berry

Salap bibir ikonik dari Dior telah dicipta semula dengan formula yang terdiri daripada 97% bahan semulajadi. Diperkuat dengan minyak ceri, mentega shea, dan lilin sayuran, lip balm ini melapisi kulit dengan perlindungan lembut dan memberikan jumlah penjagaan bibir yang tepat. Dengan 18 pilihan warna serta bekas yang menarik, Dior Addict Lip Glow mampu melembabkan bibir anda ketika musim sejuk, sambil menaikkan seri wajah. Rona Berry menjadi pilihan utama untuk digayakan dengan pakaian musim sejuk anda. 

tona beri

#5 YSL Loveshine – Raspberry Shine 

Gincu dari YSL ini memberi kelembapan pada bibir anda dengan penghidratan selama 24 jam. Tersedia dengan 11 warna menggoda, anda boleh mendapatkan bibir yang berkilau dengan warna yang menepati tona kulit anda. Bibir terasa terhidrat, berkhasiat, dan dilindungi.Formula penjagaan yang diperkaya dengan pulpa buah ara dari Taman Komuniti Ourika dan 6 minyak murni yang menyuburkan untuk bibir yang kelihatan lebih lembut dan sihat. Rona Raspberry Shine akan memberikan tona beri yang sempurna untuk bibir kelihatan segar ketika musim sejuk. 

See also
Tip Miliki Kulit Wajah Berseri Lagi Sihat

ysl

#6 Bobbi Brown Extra Plump Lip Serum – Bare Plum

Tingkatkan gaya solekan dengan serum bibir pelembap kegemaran ramai ini.  Extra Plump Lip Serum dari Bobbi Brown memberikan penghidratan selama 24 jam. Ia juga memberi kesan plumping segera dan meningkatkan definisi bibir. Minyak botani yang menyuburkan memberikan kilauan berair yang tidak melekit dan bertahan sepanjang hari. Tersedia dalam warna Bare Plum dan Bare Strawberry yang baharu, Bare Plum menjadi pilihan kami untuk musim sejuk!

bobbi brown

Pautan Berkaitan: Trend Kecantikan: Gincu Pusam Kembali Popular!