Use your ← → (arrow) keys to browse
Updo adalah pilihan yang paling tepat sekali untuk gaya rambut harian buat anda yang memiliki rambut panjang. Jikalau malas bersiap pada hari itu, pasti kamu akan sekadar menyanggul rambut. Namun, tahukah anda gaya updo seperti messy bun juga boleh tampil sangat chic jika anda tahu bagaimana hendak digayakan dengan betul? GLAM kongsikan 6 inspirasi gaya rambut ini untuk anda cedok dan stailkan setiap hari.
1) Messy Low Bun
Ala-ala Meghan Markle, walaupun tampil berselerak namun masih kelihatan chic apabila menggayakannya. Walaupun sanggul yang digayakann rendah dan tidak didandan rapi, namun Meghan masih kelihatan glamor.