5 Wangian Mewah Paling Diidami Tahun Ini - Glam Malaysia

5 Wangian Mewah Paling Diidami Tahun Ini

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aroma intensif, ramuan ikonik dan bingkisan istimewa buatkan 5 wangian mewah ini menjadi pilihan wanita GLAM.

Tahun 2022 merupakan tahun tuah buat setiap insan. Tahun permulaannya segalanya yang anda inginkan. Dunia wangian juga berpusu membawakan ciptaan baharu disamping mengekalkan legasinya. GLAM menampilkan 5 pilihan paling istimewa, mewah sesuai dengan peribadi anda yang tersendiri.

EX NIHILO

Jika anda gemarkan aroma musky warm ini mungkin pilihan tepat!  EX NIHILO jenama wangian mewah dari Paris yang mula diperkenalkan pada tahun 2013 oleh trio muda. EX NIHILO berkonsepkan wangian personalized. Untuk koleksi terbaru menerusi Santal Calling mencipta aroma yang menenangkan jiwa. Ramuan ikonik Sandalwood Album dari Australia adalah taruhan utamanya. Wangian ini mendapat sentuhan ciptaan perfumer Antoine Maisondieu dan berinspirasikan kota Paris kontemporari. Untuk melembutkan aroma Sandalwood, ramuan seperti Vanila Bourbon dari Madagascar. Wangian mewah kontemporari ini boleh dapatkan di butik AMARIS, Suria KLCC.