5 Tips Kecantikan Dari Selebriti Korea Selatan - Glam Malaysia
5 Tips Kecantikan Dari Selebriti Korea Selatan

5 Tips Kecantikan Dari Selebriti Korea Selatan

Tips kecantikan dari selebriti yang sudah berada di dalam industri cukup lama boleh diambil kira untuk diri sendiri mencuba. 

Selebriti Korea Selatan sering kali dibanjiri pujian dengan kulit mereka yang mulus dan cantik. Dari produk penjagaan kulit hingga tips-tips kecantikan dari selebriti mereka, kebanyakkannya boleh diikuti oleh kita yang berkulit Asia ini. GLAM akan berkongsi lima tips kecantikan dari selebriti Korea Selatan!

#1 Ice My Face – Jennie

Sebagai seorang yang tidak mempunyai masalah untuk muncul di televisyen tanpa solekan, Jennie salah seorang yang mempunyai kulit penuh seri. Salah satu tips kecantikan dari It Girl Jennie ialah untuk merendam muka ke dalam ais dan air sejuk sebelum bersiap ke acara penting. Kaedah kecantikan ini akan mengecilkan pori serta mengurangkan kemerahan. Selain itu, kaedah ini juga memberikan kilauan semula jadi pada kulit anda.

jennie

#2 Tujuh Lapisan Toner – I.N & Go Yoon-jung

Bukan sahaja selebriti wanita yang mengambil berat tentang penjagaan kulit. I.N dari Stray Kids merupakan ahli dengan kulit paling cantik dalam kumpulan itu. Tips kecantikan yang sama dari I.N juga dikongsi oleh pelakon Go Yoon-jung.  Cara mereka untuk mendapatkan kulit yang berseri ialah dengan menggunakan toner sebanyak tujuh lapisan. Pemilihan toner yang betul dan sesuai dengan kulit sangat penting untuk kaedah ini. Tips ini akan memberi penghidratan yang tinggi untuk kulit anda.

See also
Haruman Kuasa Pemikat

i.n

tips kecantikan

#3 Rutin Cucian 424 – Bae Suzy

Pelakon dan bekas ahli kumpulan Miss A ini mencipta kaedah penyuciannya sendiri yang dikongsi bersama peminat. Rutin cucian 424 Suzy merangkumi 4 minit menyapu cleansing oil ke muka, 2 minit mengurut muka menggunakan pembersih wajah serta 4 minit mencuci muka dengan air. Tips kecantikan ini bakal menghapuskan sebarang solekan dan habuk di permukaan kulit anda, mengurangkan penumbuhan jerawat.

tips kecantikan

#4 Teknik Pelembab Unik – Taeyeon

Sebagai seseorang yang memiliki kulit kering, Taeyeon sentiasa mengingatkan tentang pentingnya pelembab wajah. Tips kecantikan untuk kulit kering dari Taeyeon ialah untuk menggunakan pelembab wajah selepas mencuci muka, tanpa mengeringkan muka terlebih dahulu. Dermatologi setuju dengan tips ini, menyatakan bahawa kaedah ini akan memberikan hidrasi yang cukup tinggi untuk kulit kering.

tips kecantikan

#5 Masker Madu Istimewa – Song Hye-kyo

Pelakon wanita paling cantik di Korea Selatan, Song Hye-kyo pernah berkongsi resipi masker istimewa buatannya sendiri sebagai tips kecantikannya. Kisar telur putih bersama satu sudu madu lalu diletakkan di muka hingga kering. Resipi ini dikatakan mampu mencerahkan wajah serta mengurangkan kedutan. Rutin istimewa Hye-kyo kemudian dilengkapkan dengan menyapu susu suam ke atas mukanya untuk menghapuskan sel kulit mati.

See also
Blowout Bombshell gaya rambut pilihan 2025!

tips kecantikan

Artikel Berkaitan: Song Hye-kyo Sebagai Wajah Asia Pertama Guerlain