5 Tips Glow Up Sebelum Lebaran
Lebaran semakin hampir, membawa bersama keceriaan dan kegembiraan. Dalam kesibukan membuat persiapan, jangan lupa untuk menjaga diri agar tampil segar dan berseri. Kecantikan bukan hanya pada pakaian yang indah, tetapi juga pada wajah yang berseri dan keyakinan yang terpancar dari dalam.
Ikuti 5 tips glow up dari GLAM untuk menyerlahkan pesona diri sebelum lebaran tiba:
-
Tips Glow Up 1: Minum Air Secukupnya dan Jaga Pemakanan
Keserian kulit bermula dari dalam. Apa yang kita makan dan minum memberi kesan besar kepada kesihatan kulit serta tubuh. Pastikan tubuh anda mendapat air yang mencukupi. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memastikan kulit kekal lembap dan mulus. Pemilihan makanan yang berkhasiat juga penting untuk kulit anda. Kurangkan makanan berminyak dan bergula semasa sahur dan berbuka puasa. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kulit yang lebih bersih dan segar.
-
Tips Glow Up 2 : Jaga Kulit dengan Rutin Penjagaan yang Ringkas
Kulit yang bersih dan sihat adalah kunci kepada wajah yang berseri. Tidak perlu produk mahal, cukup dengan rutin penjagaan yang konsisten. Cuci muka anda dua kali sehari untuk memastikan wajah sentiasa bersih dari minyak dan kotoran. Gunakan masker semula jadi yang diperbuat dari madu, yogurt, atau timun kerana ia boleh membantu mencerahkan dan melembapkan kulit. Akhir sekali, gunakan sunscreen setiap hari bagi mengelakkan kulit menjadi kusam dengan menggunakan pelindung matahari walaupun berada di dalam rumah.
-
Tips Glow Up 3 : Rambut Sihat, Mahkota Kejelitaan
Rambut yang rapi dan sihat melengkapkan keanggunan diri. Berikan sedikit perhatian kepada mahkota ini agar tampak lebih terurus. Rawatan rambut secara semula jadi seperti minyak kelapa atau minyak argan boleh membantu melembutkan dan menguatkan rambut. Seterusnya, rapikan rambut anda dan jika perlu, potong hujung rambut yang bercabang untuk tampilan yang lebih segar.
-
Tips Glow Up 4 : Tidur yang Cukup untuk Wajah Lebih Segar
Kurang tidur boleh menyebabkan wajah tampak lesu dan tidak bermaya. Oleh itu, pastikan tubuh mendapat rehat yang cukup. Tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari kerana ia dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata dan menjadikan kulit lebih berseri. Pastikan fikiran anda tenang sebelum tidur seperti mengelakkan skrin telefon sebelum tidur. Sebaliknya, cuba membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan.
-
Tips Glow Up 5 : Persiapan Pakaian dan Keyakinan Diri
Pakaian yang cantik akan lebih bermakna apabila dipadankan dengan keyakinan diri. Siapkan busana lebaran lebih awal pada hari raya dengan memastikan pakaian telah dibasuh, digosok, dan sesuai dengan gaya peribadi. Senyuman adalah kecantikan sebenar dalam diri seseorang. Keyakinan diri dan senyuman yang ikhlas akan menyerlahkan keanggunan semula jadi anda.
Glow up sebelum lebaran tidak memerlukan perubahan yang drastik, cukup dengan penjagaan diri yang ringkas tetapi berkesan. Dengan sedikit usaha dan tips dari GLAM, anda boleh tampil lebih berseri dan yakin menyambut hari lebaran bersama keluarga dan sahabat.
Selamat bersiap untuk lebaran dan semoga pesona anda bersinar dengan penuh keanggunan!
ARTIKEL BERKAITAN: 6 Tips Amal Wajib: Kekal Hidrat Sepanjang Ramadan