5 Sebab Drunk Elephant Sweet Biome Wajib Dimiliki
Produk terbaru Drunk Elephant ini punya kelebihan tersendiri. Ketahui rahsia disebalik Sweet Biome Fermented Sake Spray dan kenapa anda harus milikinya.
Kulit wajah memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana ia bersifat fragile. Tambahan pula, kita berada di musim Covid-19 lagilah ia memerlukan sokongan berlebihan dari kebiasaan. Jika sebelum ini, kita hanya bergantung dengan rawatan di salon kecantikan, kenapa tidak kali ini kita kaji sendiri masalah kulit. Sekarang anda punya banyak masa terluang di rumah sambil bekerja apa kata anda mulakan harian bersama produk penyembur wajah paling efektif.
Jenama kecantikan Drunk Elephant kini hadir dengan produk terbaru lebih bersifat enviromental. Sweet Biome Fermented Sake Spray sangat hangat diperkatakan! GLAM bariskan 5 sebab kenapa anda harus milikinya dengan segera!
Ideal untuk kulit kering
Produk ini sangat ideal untuk kulit yang kering atau kulit yang memerlukan penambahbaikan selepas proses pengelupasan yang berlebihan. Formulasi penyembur wajah Sweet Biome menggunakan campuran ekstrak sake fermentasi, Kombucha dan Hop yang sangat padat dengan nutrien.
Kandungan organik masa kini
Bahan-bahan yang menjadi penguat tambahan Sweet Biome ini adalah elektrolit (termasuklah ekstrak air kelapa), mineral semula jadi, ceramida, Vitamin F dan asid amino – penting untuk membantu mengurangkan kemerahan, meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat, dan menjadikan kulit lebih lembut, fleksibel dan lembap. Tidak ketinggalan seperti semua produk jenama Drunk Elephant yang lain, Sweet Biome™ Fermented Sake Spray ini sememangnya 100% bebas dari minyak pati, silikon dan wangian, serta mesra vegan dan bebas dari kekejaman.
Sesuai untuk pelindung Blue Light
Bersifat environmental. Ia mampu melindungi kulit wajah dari terkesan dengan kotoran akibat pencemaran udara atau molekul kotor. Semburan Sweet Biome Fermented Sake ini juga bertindak membantu kulit sentiasa segar walaupun terdedah dengan pancaran cahaya biru akibat terlalu lama berdepan dengan komputer riba.
Kulit terhidrasi Rapi
Dengan kandungan formula terbaik, penyembur ini juga mampu menghidratkan kulit dalam jangka masa lama tidak kisahlah anda berada di negara sejuk mahupun panas. Jika anda sering berada di dalam bilik dengan penghawa dingin seeloknya cuba penyembur ini. Semburan dari Sweet Biome dapat membantu menangani situasi tersebut buat kulit wajah yang lebih sihat dan seimbang!
Spritz and go!
Produk Drunk Elephant Sweet Biome Fermented Sake Spray ini adalah pertama kali diperkenalkan yang menggunakan formula semburan mist. Hanya dengan sekali semburan, anda sudah boleh lindung wajah dengan segera dan segarkan kulit pada bila-bila masa.
Artikel berkaitan 5 Kesilapan Ketika Memakai Krim Mata