Use your ← → (arrow) keys to browse
Yang Terkini- Burberry Runway Eye Palette
Palet pembayang mata dengan pilihan sembilan warna ini diilhamkan dari DNA Burberry sendiri yang menyeimbangkan antara gaya malar segar dengan elemen sofistikated. Muncul dengan tiga tekstur atau kemasan berbeza; pusam, berkilau dan metalik, pembayang mata ini cukup versatil dalam menghasilkan gaya solekan mata nan variasi. Gandingan warna keemasan, coklat dan burgundy pastinya mencipta gaya mata yang cukup menggoda.