6 Dandanan Mempesona di Emmy Awards 2017 - Glam Malaysia

6 Dandanan Mempesona di Emmy Awards 2017

Percaya atau tidak, anda lebih berminat melihat pelakon drama kesayangan berdandan di permaidani merah lebih daripada segala-galanya.

 

Ada ketikanya anda buntu melihat rona terang atau gemerlap untuk dioles pada wajah. Dirasakan rona terang pada mata kurang bersesuaian. Tidak mungkin bibir kamu dioles rona gemerlap. Anda kurang yakin memakainya sehingga melihat pelakon kesayangan anda mengenakan warna-warna tersebut.

 

Ternyata cara mereka mengenakan solekan dan dandanan rambut ternyata mengubah penampilan pada hari itu. Tidak salah  mencuba, namun anda perlu melihat keserasian solekan dengan bentuk wajah dan warna kulit. Namun, andai berani apa salahnya.

 

GLAM memilih enam solekan paling mempesona sepanjang acara berlangsung.

 

Pendandan rambut Adir Abergel, mendapat ilham daripada Valley of the Dolls dan Barbarella. Dandanan era 60-an ini membangkitkan gaya glamor dan memberi kelainan pada penampilan Jessica Biel.

Emmy Rossum tampil dengan gaya retro glamor. Mekap artis Jo Baker menggunakan Burt’s Bees dan lebih fokus pada mata sebagai daya tarikan.

Ruby Modine tampil dengan rona bibir menyerlah dan nampaknya bersesuaian sekali buat musim Luruh.

Indigo eyeliner dengan pembayang mata merah jambu menjadi kunci solekan berkesan pada penampilan Padma Lakshmi.

Amanda Crew mengenakan cat eye eyeliner dengan rambut disuak ke belakang. Sesuai dengan keseluruhan solekan wajah polosnya.

Mekap Artis Nina Park mengenakan peach lip pada penampilan Zoe Kravitz yang tampil dengan rambut hitam. Diperhalusi dengan solekan mata cat eye dan tulang pipinya yang semula jadi cantik.

Gambar: eonline.com

See also
Ini Tip Kebersihan Diri Setiap Wanita Perlu Lakukan Setiap Hari