4 Destinasi Percutian Dan Produk Kecantikan Wajib Dibawa

4 Destinasi Percutian Dan Produk Kecantikan Wajib Dibawa

Anda merancang percutian lebih awal tetapi tiba waktu mengisi bagasi, anda jadi buntu bab memilih produk kecantikan sesuai.

 

Usai menyusun baju, seluar atau skirt dan beberapa gaun, tiba waktunya memilih alat solek atau produk penjagaan kulit paling sesuai dengan destinasi percutian pilihan anda. Semestinya anda mahu kelihatan paling menawan dengan penampilan sesuai.

 

Penting sekali wajah anda berseri-seri ketika melangkah keluar resort percutian tropika. Bagi anda memilih percutian musim sejuk, kulit anda masih lembap dan segar sepanjang hari. Lebih penting anda kelihatan paling glam di dalam pelayaran atau paling seksi di parti saat staycation.

 

Saat-saat akhir anda buntu mencari beberapa lagi kelengkapan lantas sempat singgah di Sephora yang menawarkan bermacam produk antarabangsa seperti Becca, Tarte, Too Faced, Saturday Skin, Sephora Collection sendiri dan banyak lagi. Pasti ada yang sesuai buat percutian hujung tahun anda.

1 of 4

Percutian Tropika

See also
Princess Olympia Menyambut Hari Lahir Ke-21 Bersama Sosialit

 

 

Lebih mudah bercuti di kepulauan Tropika seperti Bora Bora,Tahiti, Maldives, St. Barts, Caribbean dan paling dekat Bali, Indonesia atau Phi Phi Island, Thailand. Panas terik memancar kulit mirip cuaca kita sehari-hari di sini. Bagi melancarkan percutian, anda boleh membawa barangan kalis air dan paling penting losen atau krim pelindung kulit daripada sinar UV.

Get Drenched! Peter Thomas Roth

Melted Matte, Too Faced

Peach Tinsel, Too Faced

Pineapple of My Eye, Tarte