20 Beauty Weapons From Sephora

20 Beauty Weapons From Sephora

Jika rutin kehidupan harian terjejas akibat penularan wabak Covid-19 ini, rutin kecantikan tidak perlu menerima kesan yang sama. Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana untuk berfikir secara lebih rasional dalam mengubah waktu kuarantin ini; kepada menghabiskan cuti di rumah bak menikmati percutian musim bunga/panas? Apa produk terhangat yang mampu memanjakan diri di saat ini? Treat yourself, dengan menjadikan rutin Sephora-runs kepada Sephora online shopping! GLAM mengumpul barisan produk kecantikan head to toe daripada Sephora, sebagai senjata “Greatest Of All Time” yang juga didambakan dan disayangi oleh influencer kegemaran anda!

Lihat 20 item pilihan GLAM di bawah: 

17 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Supergoop, Bright-Eyed 100% Mineral Eye Cream SPF 40

Semestinya kulit memerlukan perlindungan daripada cahaya matahari, dan secara jujurnya kawasan di bawah mata juga perlukan perlindungan yang sama. Malah, kulit di bahagian mata ternyata lebih sensitif dari kulit di bahagian lain. Di samping memberi kelembapan dan membantu masalah lingkaran gelap yang sentiasa mencemburui kecantikan dan kesihatan kulit mata.