10 Yoga Wajah Untuk Hilangkan Dagu Berlapis - Glam Malaysia
10 Yoga Wajah Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

10 Yoga Wajah Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

Masalah dagu berlapis ditakuti hampir semua wanita. Berita baiknya, ia boleh diatasi dengan rutin yoga wajah yang mudah dilakukan di rumah.

Walaupun secara am dagu berlapis disebabkan oleh obesiti dan penambahan berat badan, ia juga boleh berlaku dek faktor penuaan yang menyebabkan kulit kendur.

Sifat genetik dan postur yang lemah juga boleh mencetuskan pengembangan lemak submental di bawah dagu. Justeru individu kurus juga boleh memiliki dagu berlapis disebabkan struktur muka mereka.

Penyebab masalah ini di luar kawalan kita, bagaimanapun dengan yoga wajah dan urutan, anda boleh mendapatkan kembali dagu runcing dan rahang yang tajam. Konsisten adalah kuncinya.

Masukkan 10 yoga wajah yang diluluskan pakar ini ke dalam rutin senaman anda

 

1. Jaw Stretch

10 Yoga Wajah Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

Dongakkan kepala dan pandang ke arah siling. Seterusnya, regangkan otot rahang dengan membuka dan menutup mulut. Senaman ini akan membuatkan otot muka terasa tegang dan terbakar. Ulang sebanyak 30 kali.

See also
3 Pelembap Bibir Ini Berguna Di Bulan Ramadan

 

2. Side Stretch and Pout

10 Yoga Wajah Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

Toleh ke mana-mana sisi, dongakkan kepala sedikit ke belakang, dan muncungkan bibir. Mulut anda harus terbuka sedikit untuk menghembuskan udara. Tahan posisi ini selama 20-30 saat pada setiap sisi.

 

3. Neck Stretch and Kiss

10 Yoga Wajah Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

Senaman ini bukan sahaja membantu menghilangkan dagu berlapis malah juga mengangkat wajah. Muncungkan bibir secara maksimum kemudian gerakkan leher ke atas dan ke bawah. Ketika mendongak, muncungkan dan rehatkan bibir sambil memandang ke hadapan. Pergerakan ini mesti dilakukan secara berirama.

 

4. Cheeks Pulls With a Smile

10 Yoga Wajah Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

Ini mungkin yoga wajah paling mudah dalam senarai kerana anda hanya perlu senyum. Sambil rapatkan bibir, senyum kemudian rehatkan bibir dalam pergerakan berterusan. Ulang sebanyak 30 kali.

 

5. Tongue Twisting

10 Yoga Wajah Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

Dongakkan kepala sedikit ke belakang dengan meregangkan otot dagu dan memandang ke hadapan. Bentukkan bibir anda menjadi ‘O’. Menggunakan lidah, tolak pipi dari sisi ke sisi. Buat pergerakan silih berganti secara berterusan selama 30 saat.

See also
Jennifer Lopez Berkongsi Rahsia Kecantikan Tubuh Dengan Pelancaran JLo Body

 

6. Neck Rotations

Face Yoga for Double Chin

Latihan regangan leher ini biasa dilakukan ketika sesi panaskan badan sebelum memulakan senaman. Apa yang anda perlu lakukan adalah memusingkan leher dalam bulatan penuh, pastikan bahu dalam keadaan relaks. Lakukannya dalam keadaan santai – tidak terlalu laju atau terlalu perlahan, dan rasai pergerakan otot. Ulang sebanyak 30 kali.

 

7. Tongue Stretch

Kebanyakan senaman yoga memerlukan regangan otot dengan mendongakkan kepala ke belakang. Ini meningkatkan aliran darah dan mengaktifkan otot dari bahu ke dagu. Pandang ke arah siling dan jelirkan lidah. Kekalkan posisi ini selama 30 saat.

 

8. Shoulder Touch

Satu lagi senaman regangan leher. Anda hanya perlu sengetkan kepala ke arah bahu dan sentuhnya dengan telinga. Setiap kali anda menyengetkan kepala, angkat bahu sedikit untuk memudahkan pergerakan secara keseluruhan. Ulang sebanyak 30 kali.

 

9. Cheeks Balloon

Sama seperti proses berkumur, kembungkan pipi dengan udara dan tolak ke kiri dan kanan secara bergilir-gilir. Ulang 15 kali pada setiap sisi.

See also
Raikan Wajah Polos Dengan #BarefacedBeautiful

 

10. Chin Pull

Latihan ini melibatkan regangan rahang bawah. Pastikan bibir anda terbuka sedikit dan tolak keluar rahang bawah. Ulangi pergerakan ini sebanyak 30 kali. Anda akan dapat rasakan ketegangan di bawah dagu.

 

Foto: Pexels/Pinkvilla

Baca: Tip Mudah Jaga Mata Harus Anda Amalkan