Getaway Romantik Selena Gomez dan The Weeknd Di Itali - Glam Malaysia

Getaway Romantik Selena Gomez dan The Weeknd Di Itali

Foto: Instagram

Beberapa minggu lalu dilaporkan Selena Gomez dan The Weeknd (Abel Tesfaye) keluar makan malam bersama di Los Angeles dan malam tersebut diakhiri dengan kedua-duanya bercumbuan sebelum menuju ke rumah Selena.

 

Walaupun kedua-dua belah pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka semenjak gambar-gambar tersebut tersebar luas, bak kata pepatah “action speaks louder than words”.

 

Sejurus selepas gambar bercumbuan mereka disebarkan, mereka dilihat meninggalkan sebuah arked sambil berpimpin tangan pada jam tiga pagi selepas berlibur dengan rakan-rakan mereka. Selena dan The Weeknd juga baru mengikuti akaun Instagram masing-masing dan menguatkan lagi ura-ura mengenai hubungan romantik mereka.

 

Baru-baru ini pula mereka dilaporkan sedang menikmati a short getaway di Itali dan The Weeknd pula mengongsikan gambar Selena sedang melihat sebuah lukisan di muzium yang mereka lawati di Florence.

 

January 28: Selena with The Weeknd in Florence, Italy [GP] // @turntdallas

A photo posted by Selena & Justin Updates™ (@jelenasenergy) on

Selena pula mengongsikan sebuah video yang menampilkan penyanyi ‘Starboy’ tersebut sedang menikmati pemandangan sekeliling mereka ketika berada di atas sebuah bot tetapi Selena memadam video tersebut kemudiannya dan peminat mereka memerhatikan kapsyen yang Selena gunakan untuk video tersebut adalah emoji heart eyes.

See also
Kafe Bottega Veneta Pertama Kini Dibuka Di Osaka

 

@selenagomez: ?

A video posted by Selena Gomez Updates ⭐️ (@selenamgomezfanss) on

Selena juga kelihatan sangat bergaya dengan gayanya yang feminin dan classy sepanjang berada di Itali, we’re proud of her!

 

[envira-gallery id=”61436″]